#Almari
Minggu lepas , aku dengan family pindah rumah kat Melaka sebab ayah aku dinaikkan pangkat sekaligus perlu ditukarkan tempat kerja .
Biasanya kekadang orang akan nangis kononnya kena tinggalkan kawan la boyfriend girlfriend la bagai semua tu . Tapi bukan aku . Aku tak kisah pun sebenarnya .
Aku ni tak ada kawan . Sebabnya perempuan kat tempat aku dulu tu jealous dengan aku sebab ada ramai fanboy . Yang perempuan berkerjasama untuk jatuhkan aku . Biasanya aku dibaling telur , makanan , dicurahkan air , kena tarik rambut , buat kerja sekolah diorang dan pelbagai lagi perkara yang selalunya pembuli buat .
Aku ni freehair so bila selalu kena tarik rambut , kena baling dengan barang busuk , aku dapat penyakit . Macam ada kuman yang dah masuk dalam kepala aku .
Tu dulu sebelum aku pakai tudung untuk tutup kepala aku yang dah tak berambut . Erm botak sepenuhnya . Bukan sebab aku nak tutup malu yang aku ni botak atau apa tapi sebab aku dah mula dekatkan diri dengan Allah .
Betullah kata orang , masa kita senang kita lupakan Dia . Masa susah kita cari Dia .
Hahaha okay masa aku tinggal kat rumah baru aku tu , aku rasa diperhatikan . Aku tak tau kenapa tapi rasa macam orang tu ada kat dalam bilik aku . Bilik aku tak besar mana pun . Ada katil saiz queen , almari besar lebar , rak buku yang tinggi gila , meja belajar dan tingkap yang menampakkan hutan kat belakang rumah ni .
Tapi aku tak tengok pun hutan tu , aku selalu tengok kebun yang ibu selalu tanam dekat bawah ni . Just pandang straight ke bawah .
Ada satu malam tu , lebih kurang dalam seminggu lebih aku duduk sana , aku dengar bunyi pintu almari aku bergegar . Macam ada orang yang terperangkap kat dalam tu and berusaha untuk keluar .
Aku pelik masa tu . Baru bangun tido , mamai an aku pergi ke almari tu sambil gosok mata untuk jelas kan pandanga . Bila aku buka almari tu , tak ada siapa pun . Sebelum buka tu aku ingat ada kucing ke apa yang terperangkap dalam tu tapi tak ada siapa pun .
Aku endahkan and terus sambung tido balik . Ngantuk gegila . Tak sampai 10 minit aku lelapkan mata , aku dengar bunyi atas almari aku tu bergegar and ada tanda macam ada orang berdiri kat atas tu .
Aku pandang lah almari tu . Oh ya lupa , almari tu ada betul betul kat sebelah katil aku . Bila aku tengok , tak ada apa apa pun . Aku biarkan dan terus sambung masuk alam mimpi .
Esoknya , aku terbangun lambat . Habislah kena marah dengan cikgu sebab datang lambat ke sekolah . Lepas mandi tu aku pergi kat belakang pintu untuk ambil baju sekolah . Tapi tak ada baju sekolah pun .
Aku tepuk dahi perlahan . Macam mana boleh lupa ni ? Aku lupa nak gosok baju malam tadi . Aku pegang tombol pintu nak keluar bilik untuk gosok baju sekolah . Baru je nak tarik pintu tu , almari baju aku terbuka perlahan . Aku pelik sebab ada kain berwarna putih terkeluar dari almari tu .
Aku pergi ke almari tu . Pintu almari tu aku buka seluasnya . Ada baju t shirt aku , seluar aku dan ..
Baju sekolah aku ?
Macam mana boleh ada kat sini ? Siap digosok lagi . Fuhh , aku terus sarungkan baju sekolah ke tubuh . Takkan kat kepala pula kan .
Aku betulkan tudung di depan cermin . Lipat lipat , tiup tiup , bagi tajam , tiup lagi , lipat lagi sampai kemas . Gitulah selalunya perempuan kan ?
Bila tudung dah kemas , aku ambil beg sekolah dan disandangkan ke bahu . Baru aku nak melangkah , aku berhenti . Aku pandang lantai .
Pelik
Tadi aku nampak ada bayang bayang manusia yang sedang melambaikan tangan . Aku perhati sekeliling bilik aku . Pencuri ke tadi tu ? Buat apa dia nak lambai pula ?
Aku pandang almari baju aku tu . Bayang bayang tu depan almari so mesti manusia tu berdiri kat tempat almari tu .
Tak ada siapa pun . Dahiku berkerut . Terus aku turun ke bawah dan pergi ke sekolah .
Tanpa aku sedar , ada sosok tubuh berbaju putih berbadan kelabu , botak sedang melambai aku .
Pintu bilik aku tutup . Baru je habis makan . Aku pergi ke meja belajarku lalu mengeluarkan kerja sekolah dari dalam beg .
Sedang aku salin nota dari buku teks , aku nampak sosok tubuh manusia kat cermin tingkap . Tubuh manusia tu berdiri tegak kat sebelah almari sambil pandang cermin tingkap yang aku tengah pandang ni .
Bila tengok betul betul , rupa dia bukannya macam manusia . Dia tak pendek tak tinggi , badan macam warna kelabu , botak licin tho , telinga capang , pakai tshirt warna putih kosong dengan seluar putih .
Apakah ?
Tetiba rasa seram sejuk . Siot je . Aku sambung buat kerja . Tetiba kerusi sebelah aku ditarik dan aku nampak si badan kelabu tu tengah duduk kat kerusi tu , sebelah aku .
Aku buat buat tak nampak . "Aku tau kau boleh nampak aku ." tetiba dia bersuara . Suara dia buat aku aku meremang gegila . Pen yang aku tengah pegang tu hampir terlepas . Menggigil tangan aku nak sambung tulis .
"Janganlah takut ." dia bersuara lagi . Shit , boleh pulak dia kata macam tu . Aku pejamkan mata , jantung berdebar gila macam baru lepas lari 10km .
"Kau tak ada kawan kan ?" dia bersuara lagi . Aku biarkan soalan dia tak berjawab .
"Aku boleh jadi kawan kau . Nak ?" soalan dia buat aku tertarik . Aku pandang dia . Dia tersenyum manis tapi sebenarnya bagi aku ngeri sebab boleh nampak gigi dia yang hitam , kuning dan berlubang .
Erkk . Gila !
"Apa kau buat kat bilik aku ?" aku soal dia dan biarkan soalan/ajakan dia tadi .
"Bilik kau ? Ni bilik aku lah ." dia tersenyum lebar membuatkan aku rasa macam nak tutup mulut dia dengan penutup mulut tu . Geli la syiyal .
"Ni bilik aku , rumah aku , tempat aku . Kenapa ?" dia kata . Aku terus lari ke katil dan selubungkan diri dalam selimut .
-TBC-

YOU ARE READING
Detik 12 Malam ✓
Horror+Creepypasta. Boleh baca, boleh cerita tapi jangan percaya. +Semua kisah dalam cerita ini adalah dari telegram. --thank you so much for the wonderful cover @Nixs_A-zy Highest Rank :- #1 in Horror 270618 #1 in Creepypasta 190918 #1 in Seram 221118 #1...