#8 - Tengah Malam Yang Suram

2.2K 137 9
                                    

#TengahMalamYangSuram

Sebagai orang yang pernah melalui saat bujang terutama sekali kaum Adam (Lelaki) sudah menjadi kebiasaan. Kisah ini seperti yang di ceritakan sendiri dari pengalaman Abah aku semasa zaman mudanya dulu. Pada waktu itu Abah aku berserta 4 lagi rakannya menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat. Man, Sani, Amir, Ali dan Mat mula menjejakkan kaki bersama-sama masuk ke rumah berkenaan tanpa ada rasa syak dan pelik.

Semuanya nampak biasa, rumah yang agak luas bagi anak bujang, bahagian bawah ada dapur, 1 bilik air dan di atas 2 bilik tidur, 1 bilik air. Mereka semuanya bekerja kilang yang agak berhampiran dengan rumah sewa mereka tinggal. Kebetulan juga pada waktu itu mereka berlima bekerja pada waktu yang sama, pergi dan balik bersama-sama. Kisahnya bermula pada satu malam, hari minggu yang esoknya hari Isnin akan mula kembali bekerja. Pada malam tersebut terdapat tayangan filem 'Dracula' di kaca TV, sambil kesemuanya melayan filem tersebut dengan santai, 'sliding door' kaca yang di buka luas untuk mendapatkan angin malam sepoi-sepoi bahasa.

Apabila tamatnya filem tersebut, tiba-tiba jam di dinding berdetik, "ting! tong! ting! tong!...." betul-betul tepat jam 12 tengah malam! Dan waktu itu juga tidak semena-mena ada seekor anjing berwarna hitam berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar besar rumah sewa sambil menyalak yang jauh dari kebiasaannya, " Aaaaaauuuuwwwwww...." seperti dalam filem-filem seram bunyinya. Terus mereka berlima berpandangan sesama sendiri dalam muka yang agak pelik, runsing dan tidak senang duduk.

Man bersuara, "dah, dah.. tutup pintu tu cepat! Kunci semua pagar, tutup lampu, kita semua naik tidur, dah lewat dah ni, esok nak bangun awal pergi kerja". Tanpa berlengah, Sani dan Amir bergegas tutup pintu dan kunci kesemuanya, dan lampu rumah di padamkan, semua bergerak naik tangga menuju ke bilik masing-masing. Man, Amir dan Ali tinggal bersama di bilik utama yang besar, manakala Mat (Abah aku) dan Sani tinggal di bilik sebelah yang agak sederhana, cukup muat untuk 2 orang sahaja. Setelah semua masuk ke bilik masing-masing, di dalam rumah semuanya sunyi sepi tiada lagi kedengaran apa-apa kecuali di luar bunyi cengkerik dan cicak di dinding rumah.

Bilik Abah aku dan Sani mempunyai katil 2 tingkat, di mana Sani tidur di bahagian atas manakala Abah aku di bahagian bawah, maka tidaklah ruang bilik itu terasa sempit walaupun berdua. Seperti umumnya, apabila kita berbaring di atas katil, tidak semestinya kita akan terus terlelap, betul kan? Pastinya akan bermula otak berfikir bermacam-macam perkara sama ada yang telah terjadi ataupun belum terjadi. Abah aku sambil berbaring di atas katilnya di bahagian bawah cuba memanggil rakannya di atas iaitu Sani, "Woi Sani, dah tidur ka?". Ternyata pertanyaan Abah aku tak di balas, sudah pasti tidur nyenyak. Maka tinggalah Abah aku melayan mata yang hampir-hampir sahaja nak lelap.

Tiba-tiba, sedang abah aku berbaring di mana bahagian kepala katil mereka terletak di bahagian tingkap bilik, dan berhadapan dengan pintu masuk bilik (boleh bayangkan?) Jika berbaring, pandangan hadapan kita ialah pintu bilik, dan di belakang kepala kita ialah tingkap bilik, mudah faham. "Tik! Tik! Tik!...." bunyi seperti ada batu kecil yang di baling ke tingkap kaca bilik Abah aku, Ya! Betul-betul berada di bahagian kepala Abah aku!. Abah aku cuba dengar sekali lagi, "Tik! Tik! Tik!..." masih bunyi yang sama, dalam fikirannya hanyalah, "ni mesti 'member' (kawan) nak ajak lepak kat luar la nih!", ujar Abah aku dalam hatinya.

Di cuba angkat kepala sedikit ke tebing tingkap yang hanya berada di belakang kepala beliau, lalu di pandangnya ke arah bawah lorong belakang rumah sewa berkenaan, hanyalah gelap kesamaran cahaya bulan pada malam itu menyuluhi waktu itu, dan tiada sesiapa pun berada di lorong itu. Pelik! Tiada siapa pun yang berada di situ. Abah aku kembali baring seperti pada mulanya. Hatinya berkata, "Ahh, biarkanlah, esok aku nak kerja awal pagi!". Masih melayan mata yang hampir-hampir layu untuk tidur, tiba-tiba terdengar, "Krek, krek..." tombol pintu bilik di pulas, dan pintu di tolak perlahan-lahan, "Eeekkk.........". Terdetik kembali dalam hati, "Aduh siapa pulak ni nak masuk bilik tengah malam ni!", selalunya si Ali atau Amir akan datang untuk minta pinjam pemetik api untuk bakar rokok. Sambil mata Abah aku acah-acah pejam, diintainya sedikit di dalam kesamaran gelap biliknya melihat tepat ke arah pintu bilik yang di tolak tadi, sambil menanti siapakah dia yang membuka pintu.

Detik 12 Malam ✓Where stories live. Discover now