01. TEMA BUDAYA MEMBACA
• Ilmu pelita hidup
• Membaca jambatan ilmu
• Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.
• Bangsa membaca bangsa berjaya
• Membaca memerdekakan minda.
• "Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana Menteri India - Nehru.
• Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.
• Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku".02. TEMA SEMANGAT KEJIRANAN
• Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
• Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
• Muafakat membawa berkat.
• Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.
• Anak orang anak sendiri
• Beranak seorang mendidik ramai.
• Bagai aur dengan tebing
• Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
• Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu kepada dirimu sendiri".03. AMALAN MENABUNG
• Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
• Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
• Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
• Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
• Sediakan payung sebelum hujan.
• Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
• Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya".04. PELANCONGAN
• Jauh perjalanan luas pengalaman.
• Budi bahasa budaya kita.
• Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan.
• Negara Bersih, Rakyat Sihat .
• Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah melawat Malaysia; Perbelanjaan RM6 bilion.05. KEMALANGAN JALAN RAYA
• Biar lambat asalkan selamat.
• Malang tidak berbau.
• Sudah terhantuk baru tengadah.
• Nasi sudah menjadi bubur.
• Alah bisa tegal biasa.
• Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman.06. BANGUNAN BERSEJARAH
• Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
• Hanya jauhari mengenal manikam.
• Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
• Genggam bara api biar sampai jadi arang.
• Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
• Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran masa sekarang.07. KELUARGA
• Bapa borek anak rintik.
• Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
• Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.
• Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
• Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'.
• Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka.
• Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.08. NEGARA / CINTAKAN NEGARA / PATRIOTISME
• John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda. Sebaliknya bertanya apakah sumbangan anda untuk negara".
• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
• Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
• Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
• Biar putih tulang, jangan putih mata.
• Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.
• Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
• Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan.
• Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.

KAMU SEDANG MEMBACA
Contoh Karangan BM
AcakRandom title Rujukan SPM 2016 SORRY but all essay is not mine and im actually just saving it here for some reason