Me,You&ISLAM(48)

40 8 0
                                    

Budak Tarbiah:
"Akak, Dya rasa sebak. Hahah"

Soalan yang tiba-tiba memecah kesenyapan siang.

"Dah, kenapa pulak? Sebak pun gelak ke..?" Soalan mudah bagi si tukang sebak.

"Tak lah. Baru terasa bahagianya menjadi murobbi bila anak halaqah kita dah mampu berdikari bawak sendiri dakwah dalam sekolah, tanpa perlu disuruh dan diarah. :')"

Mata dan jari yang tadi setia saling bercerita di badan komputer lipat, terus berhenti nak tahu sambungan kisah. Well. Perempuan. :p Pantang ada kain lebih, setiap inci nak dijaganya (jaga tepi kain orang. erk)

"Haritu kan Dya tak dapat buat halaqah dengan diorang. Rupa-rupanya, diorang run halaqah sendiri T_T. Rupanya diorang berkumpul dan berbincang. Katanya,  'kalau Kak Dya tak dapat datang, siapa lagi nak buat halaqah kat sini kalau bukan kita ?'.Alhamdulillah diorang buat halaqah sendiri :')"

Alhamdulillah :') Senyum dalam genang. Lantas di soal, "diorang share tentang apa?". Sebab acahnya nak tahu apa yang dikongsi dalam halaqah mereka.

Nak tahu diorang buat apa?

"Weh, jom buka semula buku halaqah, check balik apa nak share."

Hoho.
Thats it.

Buku halaqah.
Hilang 1 perkataan dari buku halaqah, maka hilanglah 1 pembakar semangat.

Mencatatlah.
Kerana kita bukan cloudstorage, boleh simpan semua benda dalam otak.
Mencatatlah, agar bila kita perlukan, kita boleh belek dan sampaikan :')

Mencatatlah.
Dan teruskan membina lillahitaala.

@budaktarbiah

Hijrah CintaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora