21 - Bulan

40 4 8
                                    

Cerita asal untuk tema bulan ialah berkisarkan seekor pungguk.
Hihi tetapi, lebih seronok menulis kisah tentang Rue sebelum bertemu Yuri

Rue dan Yuri adalah karakter ciptaan saya dan @FatihahDahiyah

★☆★

Rue Lobelia, walaupun namaku begitu indah disebut dan didengar telinga. Maksud sebenar namaku itu tidakLah semanis rasanya bila tiba di hujung lidah seseorang.

Kisah yang ingin aku sampaikan ini juga bukanlah perkara yang menggembirakan tapi aku menganggap kisah ini sebagai sesuatu yang ajaib dan misteri?

Aku tidaklah bagus dalam mengarang dan menyusun ayat, tetapi harapanku kisah yang akan aku sampaikan ini dapat difahami dengan mudah.

Kisah ini bermula pada suatu malam, di mana bulan purnama menjelmakan dirinya.
Menerangi malam dengan cahayanya yang samar.

Pada malam itu juga ibu umumkan berita tentang bakal lahir seorang bayi dalam keluarga Lobelia. Cahaya mata ketiga keluarga Lobelia selepas mereka dikurniakan pasangan kembar seiras yang berjantina perempuan. Pada malam itu seluruh keluarga Lobelia menyambut berita tersebut dengan gembira. Doa mereka, semoga bayi yang lahir nanti ialah bayi lelaki.

Beberapa bulan kemudian, pada bulan mengambang yang berikutnya, ibu telah menjalankan pemeriksaan 'ultrasound'.

Begitu kecewanya mereka sekeluarga apabila doktor mengatakan, kandungan yang dikandung ibu itu ialah bayi perempuan.

Sembilan bulan berlalu setelah bulan purnama yang pertama, maka lahirlah bayi perempuan yang dinamakan Rue Lobelia.

Walaubagaimanapun, kelahiran bayi tersebut tidak disambut ceria oleh ahli keluarga bayi tersebut dan malam itu,ketika purnama menjengahkan dirinya setelah puas bersembunyi di sebalik awan mendung wanita yang bergelar puan Lobelia itu telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Kehidupan bagi Rue adalah begitu sukar setelah kehilangan seseorang yang bergelar ibu.

Dibesarkan oleh bapa dan dua orang kakak yang sememangnya tidak mempunyai pengalaman untuk mendidik kanak-kanak yang masih kecil.


Kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah wujud dan keluarga yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, menjadikan Rue membesar sebagai gadis yang gemar melakukan masalah untuk menarik perhatian.

Pilihan yang diambilnya terlalu mengikut emosi dan nafsunya.
Dan setelah dia mencapai umur 16 tahun,

Ketika bulan mengambang muncul,

rahsia yang telah lama dia simpan akhirnya terbongkar.

Betapa kecewanya bapa dan kakak kembarnya apabila mengetahui anak ketiga keluarga Lobelia itu telah terlanjur, mengandung dan akibat takut dia telah menggugurkan kandungannya yang tidak bersalah itu.

Tekanan perasaan dan rasa bersalah yang dialaminya itu tidak bertahan lama.

Dan pada malam berikutnya ketika bulan mengambang muncul lagi, dia mengambil langkah untuk mengakhiri riwayatnya.

...

Begitulah kisah yang ingin aku sampaikan. Semuanya dirasakan terlalu ajaib bukan?

Akan tetapi cerita itu tidak tamat di situ sahaja.

Setelah dua tahun kejadian tersebut berlalu, di malam bulan purnama yang sunyi dan sepi.
Aku melihat seorang lelaki dengan rambut perak bersinar.
Memakai pakaian seragam sekolah yang amat aku kenali. Dia kelihatan tergesa-gesa berlari.
Wajahnya sangat pucat dan peluh membasahi tubuhnya.

Aku tersenyum nakal.
Malam sudah begitu larut. Aku mahu mengusiknya. Mungkinkah dia akan pengsan sekiranya aku muncul dengan rupa yang hodoh?
Maka aku ekori langkahnya, namun apa yang tidak aku jangkakan kelihatan pada anak mataku.

Di jari kelingking lelaki itu terlilit benang merah padanya dan penghujung benang merah itu terlilit pada jari kelingking milikku.
Lantas aku hentikan langkahku dan melihat dia bergegas pergi dengan ekor mataku.

★☆★
- @rierizieyra

10 Days Theme Challenge.Where stories live. Discover now