BAB 20

124 5 0
                                    

"Ausha, Ausha.."

Aku membuka mata.Mak di hadapanku.Mengusap lembut rambutku.

"Mak."

Aku bangun bersila.Memandang wajah mak.

"Kenapa tidur dekat luar? Sepatutnya Ausha kena temankan Iz dalam bilik tu.
Bukannya tidur kat depan TV ni."

Mak bersuara tegas dalam nada sederhana.

"Mak...Ausha tertidur kat sini semalam.Layan TV sampai terlena."

Ya Allah...aku sudah menipu mak aku sendiri.Mak...Ausha minta maaf kerana menyembunyikan hal sebenar.

"Lain kali jangan buat lagi tau.
Dah la..pergi solat.Dah masuk waktu subuh."

Baru aku teringat! Aku cuti hari ni.Tengah malam semalam mari 'ABC'.

"Ausha cutilah mak.Mak solatlah dulu.Ausha prepair untuk masak breakfast nanti."

"Ye lah.."

Mak berlalu dari pandanganku.
Apa kata kalau kita makan Roti baker disapu dengan peanut butter untuk hari ni? Air pula..orange jus je lah. Huish..
sedapnya.Lepas breakfast nanti, packing baju.

♡♡♡♡

Aku melipat baju yang hendak dibawa masuk ke dalam beg.Nak duduk 3 hari je.Baju aku bawa cukup-cukup je lah.

Baju Iz..aku nak kena packingkan ke? Dia dah packing ke belum? Kalau aku tolong packingkan..dia marah aku tak? Haish..! Tanya je lah Ausha ooii!

Aku menapak menuju ke bawah mendapatkan Iz di hadapan TV.

"Ermm..Iz? Kau dah packingkan baju kau ke?"

Iz masih leka menonton TV.Dia ingat aku yang tengah berdiri kat sebelah dia ni..
tunggul kayu ke apa?! Tanya tak nak jawab! Mulut ada..tapi tak tahu nak guna.

"Iz!"

"Kau ni nak apa hah?! Menyibuk!"

"Aku bukannya nak menyibuk kau.Aku cuma tanya yang kau dah...."

"Dah! Aku dah buat dari semalam lagi!"

Dia ni kan! Memotong ayat aku je tahu! Dah lah cakap tu macam nak runtuh gunung! Air kolam ikan aku kat luar tu pun... berkocak dek kerana suara dia tu! Pening ikan tu nanti! Nasib baiklah..mak dengan ayah tak ada kat rumah.Kalau tak..mahu bisingnya mereka nanti.

Aku naik ke atas.Menyambung kembali kerjaku.

♡♡♡♡

"Nanti..duduk kat rumah mentua tu..jaga adab."

Pesan mak sebelum aku memasuki kereta Iz.

"InsyaAllah mak."

"Jangan lupa tolong Ibu Niza masak."

Ayah menambah.

"Ayah...anak ayah ni rajin tau."

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now