Tempat : blok bangunan Sekolah Menengah Cahaya.
Waktu : 1 pagi.
"Jadi apa game kali ni? Aku harap tak membosankan kali ni." soal kecik sambil menekankan perkataan 'membosankan' . Dia agak jemu dengan game yang biasa. Harap harap kali ini ada sedikit thrill.
Ajam dan Jiq pandang Reel di sebelah. Reel senyum sumbing. Ada sesuatu yang terbayang di mindanya.
Mok kerut dahi. Dia jadi panasaran untuk tahu.
Reel. Siapa saja yang tak kenal Reel atau nama sebenar lelaki itu Azreel bin Zaid. Ada saja ideanya.
"Kita main hide and seek. Ala ala The Conjuring sikit. Well kasi thrill sikit la gais. Random person akan kira sampai 20. Only kat blok ni je tau. Bila dah jumpa text dulu. Kalau ada bunyi baru tegur. "
Yang lain angguk mengerti tatkala mendengar penerangan Reel sebentar tadi. Mok dan kecik saling berpandangan. Agak seram juga. Yalah pepagi buta duk merayap datang sekolah.
"Takde bran cakap. " balas Ajam sarkastik.
"Eh engko ni cicok. Aku sekeh baru tahu." Mok acah acah mahu sekeh Ajam.
"Deal. Jom osom."
Jiq terkena.
Dia bersandar pada dinding dan pejam mata. Dia mula mengira. Sementara Jiq mengira, yang lain lincah mencari port sembunyi.
"Ready or not. Here I come!" laung Jiq.
Dia perhati sekeliling. Gelap. Udara malam begitu dingin sekali. Rasa sejuknya sampai berdiri bulu roma.
Jiq melewati aras satu. Setiap satu kelas dia memeriksa. Bila tiada kelibat kawan kawannya, dia masuk aras dua. Kawasan makmal fizik. Semakin dia mendekati, rasa sejuk sampai ke tulang. Dan dia terdengar seseorang ketawa.
Ah sudah.
"Hihihihihihi..." suara itu betul betul menerpa di cuping telinganya.
Jiq pejam mata. "Kau tak wujud. "
Bila dia buka mata, dia masih lagi di Sekolah Menengah Cahaya. Cumanya suasana sudah berubah. Ramai pelajar lalu lalang di situ. Dia cuba untuk menyapa, tapi dia tidak dapat menyentuh salah seorang daripada mereka. Seolah olah dia berada pada masa lalu.
Di hujung tangga sebelah makmal fizik Jiq terlihat seorang pelajar perempuan dibuli oleh tujuh orang senior lelaki. Dia mahu membantu tapi ada kuasa seakan menarik dirinya ke belakang.
Dia masih lagi di situ. Cuma tadi siang hari dan sekarang sudah lewat malam.
Pelajar perempuan itu baru saja selesai kelas fizik pada malam itu. Dia melepak di tangga sambil membaca novel. Masih punya masa lagi sebelum waktu pulang ke dorm masing masing.
Tiba tiba dia ditegur sekumpulan lelaki.
"Tak takut ke duduk kat sini sorang sorang. Kau tahu kat sini tempatnya keras?" kata ketua kumpulan itu.
Perempuan tadi menampar ketua kumpulan itu. Dia sudah serik untuk dibuli. Namun perbuatannya tadi hanya lah mengundang amarah lelaki itu.
Lelaki tadi menampar balik dan memukul perempuan tadi. Pelajar perempuan tadi sudah berada di hujung kawasan. Tanpa di sangka sangka dia ditolak jatuh tangga sehingga bawah.
"Darah babi!" jerit kawannya.
"Kita blah dari sini!"
"Budak tu?!"
"Biarkan je"
Jiq tersedar. Mimpi tadi..
"Kau percaya aku wujud bukan?" soal suara yang tadinya ketawa.
Jiq terdiam.
"Selamatkan aku. Kat hujung padang sana. Dalam beg." sekali lagi suara tu berkata.
Iphone6 Jiq berbunyi. Tertera nama kecik.
"Jiq, kau kat mana? Keluar weh dari situ. Kita jumpa kat mapley biasa. Cepat!"
"okay okay."
