sueran_

Chapter 22 Bad Romance updated!

lucyanapublication

Promosi‼️ Promosi‼️RMRM25 senaskah hanya di shopee Lucyana Mall.
          
          https://shp.ee/2m6nqzj
          
          "Hai Jae. Sibuk ke?"
          
          "Berapa kali saya nak pesan kepada awak, Cik Marcella. Panggil saya Encik Jaebum." Jaebum yang menunduk, menaikkan bola mata. Marcella yang selamba duduk tanpa dipelawa, ditenung dalam. Kedatangan wanita itu tidak disambut dengan tangan yang terbuka.
          
          Senyuman mengejek Marcella terpancar.
          
          Apa yang tidak kena dengan panggilan 'Jae', Marcella tidak tahu. Baginya panggilan 'Jae' itu sangat menarik dan bergaya.
          
          "Awak tengok apa tu?" soal Marcella tanpa mempedulikan pesanan Jaebum tadi.
          
          Jaebum melepaskan keluhan kecil. "Gambar model-model Cik Marcella untuk iklan produk kami nanti."
          
          Bunyinya seperti rungutan. Jaebum terpaksa menurut kemahuan mak ciknya, Seohyun, dalam menentukan model yang sesuai untuk pengambaran pengiklanan mereka nanti. Seohyun mahukan model yang berperwatakan comel.
          
          'Comel apanya kalau semua model dalam gambar ni pakat-pakat muka macam perempuan Korea terakhir,' rungut Jaebum yang sedikit bingung. Istilah jelita dan cantik lebih sesuai buat model-model ini berbanding istilah berwajah comel.
          
          "Kalau macam tu, apa kata kita pergi makan tengah hari sama-sama. Biar saya yang pilihkan untuk awak, Jae," cadang Marcella. Inilah 'appointment' yang diberitahu kepada Seohyun tadi.
          
          Marcella juga mahu menyelam sambil minum air. Wajah serius Jaebum membuat Marcella teringat sesuatu. Dia mula tersengih malu.
          
          "Jaebum. Maksud saya, Jaebum," pujuk Marcella dengan lenggok bahasa yang begitu mendamaikan.
          
          Namun bagi Jaebum, ianya bagai bunyi lalat yang sedang menggangu. Panggilan 'Jae' sudah lama tidak digunakan.

lucyanapublication

Assalamualaikum dan hai semua, seperti yang telah diberitahu. Akhirnya Lucyana Publication telah pun membuka tirai pra-pesanan bagi novel terbaru keluaran penerbit.
          
          Kalau ada yang berminat boleh ws untuk order . Nah, kami kasi blurb. Kalau berminat, boleh ketuk pintu ws ya .
          
          PRE-ORDER NOVEL TERBARU KINI DIBUKA‼️
          
          ✨ BLURB ✨
          
          MINA, seorang gadis yang menuntut di sebuah universiti tempatan di samping memiliki perwatakan kasar. Pantang jika ada yang mengusik atau memperlekehkan sahabat baiknya sendiri.
          
          JAE, merupakan seorang sahabat baik kepada Mina. Meskipun dia seorang lelaki, tetapi perangai lemah gemalainya seringkali disalah ertikan seterusnya menjadi bahan ejekan orang sekeliling. Adanya Mina di sisi, membuatkan dirinya terasa selamat kerana sentiasa dilindungi.
          
          Malang tidak berbau, Mina terpaksa meninggalkan segala impian mengejar cita-cita dan persabahatan dek musibah yang menimpa keluarga. Jae ditinggalkan terkapai-kapai bertemankan harapan agar Mina kembali.
          
          Lima tahun berlalu begitu pantas. Kemunculan Mina bersama seorang kanak-kanak bernama Changbin cukup membuatkan Jae tergamam. Mina telah bergelar seorang ibu! Kedatangannya ke Seoul hanyalah satu, yakni mencari semula bapa kepada anaknya.
          
          Atas dasar persabahatan, Jae sedaya upaya membantu Mina tidak kira apa jua halangan yang mendatang dan mencengkam keadaan.
          
          Tanpa Jae sedari, hubungan persahabatan perlahan-lahan bercambah menjadi cinta. Bagaimanakah caranya Jae menakluki hati Mina di saat dia menggenggam sebuah lipatan rahsia daripada sahabat sendiri?
          
          “Kau boleh terus jaga hati Changbin… tapi siapa nak jaga hati kau kalau kau tahan tangisan tu, Mina?” - Im Jaebum
          
          “Kau tahu, Jae. Sejak Changbin hadir dalam hidup aku, banyak benda dah berubah…” -Yoon Mina.
          
          JIKA BERMINAT, ANDA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SEGERA. BOLEH KLIK LINK DI BAWAH .
          
          +601118545793
          
          https://www.wattpad.com/story/275534780

Baeurene