moonlightikah

Kalau aku diminta untuk memilih karya kegemaranku, aku pasti berkata Biar Rebah Di Hadapan Allah. 
          	
          	Bukan kerana aku suka meraih "readers", tapi kerana aku selesa menghayati tulisanku disitu. Terimbau kembali perasaan yang pernah menyelubungi hati. 
          	
          	Aku membesar dengan karya karya aku ini. Jika anda perasan, Awak Tabah Kan banyak mengandungi penulisan yang bercirikan kejatuhan, kesedihan, kepayahan aku untuk merawat hati aku yang benar luka ketika itu. 
          	
          	Tetapi Biar Rebah Di Hadapan Allah, mengandungi unsur aku yang lebih matang. Diri aku yang lebih redha. Diri aku yang lebih menerima kekecewaan hati dengan tenang. 
          	
          	Aku bangga dengan pencapaian aku ini. Syukurnya aku memang tidak terhingga. Tetapi siapalah aku tanpa anda semua. Anda yang membaca karya karya ini, telah memberikan aku semangat untuk terus berjuang.
          	
          	Aku ucapkan terima kasih. Tak terhingga rasa berterima kasihnya aku pada anda semua. Jujurlah, anda lah api semangat aku. 
          	
          	Semoga kita semua akan dapat untuk mengharungi hari hari yang akan datang dengan lebih tabah. Yang paling penting, anda perlu tahu, kau tidak pernah berseorangan. Kau ada segalanya. Cuma apakah segalanya itu hanya kau yang boleh tentukan ❤ 