Aku membuka pintu kereta dengan kasar lalu meghempas kuat, tanda protes! beg yang berada di bonet kereta dibiarkan. Kaki dibawa ke pangkaran rumah kampungnya,mata memandang rumah kayu dua tingkat tersebut
Masih cantik seperti dahulu!
"Adik" panggil abangnya. "Beg adik yang banyak banyak tu siapa nak angkat?" tanya abang long lalu memeluk bahuku. Aku menjeling tajam wajah abang long ku tangan menolak kasar tangannya yang sedang memeluk bahu ku
"abang dengan abah lah yang angkat! siapa yang nak sangat adik duduk kampung ni??" balas ku geram
Biar Babah dan abang sulungnya yang ambikkan! Nak sangat kan aku duduk kampung?
"alolo merajuk ke adik kesayangan abang ni?" tanya abang lalu mencubit pipi gebu aku
disebabkan mood aku sangat lah teruk aku gigit tangan abang ku!
pecah jeritan abangku! tangan nya menolak nolak kepala ku,aku yang tidak mahu kalah mengigit kuat tangan abang ku
inilah padahnya apabila bermuslihat dengan abahnya!
Encik Zahir yang melihat gelagat dua orang anaknya itu menggelengkan kepala, bonet kereta dibuka lalu 6 beg pink milik anak gadisnya diambil dibawa keluar
banyak betul beg anak gadis nya ini padahal duduk 2 minggu sahaja
"adik dah lah tu.. pergi masuk jumpa tokma jangan lupa salam tokma, Zayden kamu sini tolong babah angkat beg baju ni " panggil cik Zahir
Aku melepaskan gigitan dari tangan abang ku, wajah abah dijeling tajam, ok bukan jeling tajam ya! jeling manja mungkin
"Amboi marah betul adik kamu tu" tergelak kecil Encik Zahir apabila mendapat jelingan dari anak gadis nya itu
"Biar je dia tu bah, nanti ok lah tu. Lagi pun bukan dia kena kurung kat kampung ni lama lama pun" balas Zayden lalu mengelap tangannya yang digitgit adiknya di baju abahnya itu
"Zayden! "