lvnrara

maafkan saya sebab lama tak update, sebenarnya saya sedang push rank pubg haha bye nak push rank
          	
          	nak join tak?
          	
          	nanti saya update, itu pun klau ada yg nak sya update lah

lvnrara

sp:
          
          "bodoh lah danish, yang kau tak backup kenapa, kau asyik looting je!" Marah Raja Adryan. Terdengar suara Danish mengomel di situ. 
          
          "abang..."
          
          Raja Adryan memusingkan kerusi gaming nya apabila terdengar suara mamai isterinya dari belakang. 
          
          "ya sayang..?" Katanya lembut. Tangan di hala ke arah Asyara yang berdiri di depan pintu sambil menenyeh matanya, Asyara memuncung sedikit sebelum mendekati Raja Adryan dan menyambut tangan suaminya. 
          
          "kenapa tak tidur lagi? dah pukul 10, nanti awak pening kepala esok" Katanya lembut. Asyara di tarik perlahan supaya duduk di atas pehanya. Serta merta Asyara melentokkan kepalanya di bahu Raja Adryan. 
          
          "abang takde.." Katanya perlahan. Raja Adryan senyum nipis, membiarkan Asyara tidur di atas ribanya. Dia mengepuk peha Asyara lembut, mendodoikan isterinya. 
          
          Beberapa minit, Asyara mula lena di atas ribanya, Raja Adryan hanya membiarkan sebelum menyambung permainannya. Danish mendengus geram apabila Raja Adryan suka hati saja mengangkatnya semasa dia knock. 
          
          Raja Adryan ketawa perlahan, taknak terlalu bising, takut menganggu isterinya tidur. Seketika, dia mencium ubun-ubun isterinya banyak kali. 
          
          oh uh, take this earth ad 

lvnrara

@timum_45 lmbt lagi awak, saya spoiler sikit hehe 
Reply

timum_45

@lvnrara bila update yg ni ?
Reply

lvnrara

"Ai-air ketuban banyak ni bang, cepat lah bawa kak syara pergi hospital" Kata Raja Aryan dengan memegang phone. Terketar-ketir tangannya. 
          
          "Ab..abang sakit.." kata Asyara, orang nak beranak dia boleh duduk bercangkung dekat sini lagi. 
          
          "Aryan call ambulance!!!" Jeritnya lantang. Dia panik, okey dia panik padahal bukan pertama kali dia menyambut anak mereka. 
          
          "Hang pasaipa nak call ambulance Adryan uii. Hang bawa dia gi hospital lah sengal" Kata Raja Arfyan. Dia menepuk dahi melihat anaknya yang bangang tak tahu nak buat apa. 
          
          "A-ad lupa hospital dekat mana" Jawap Raja Adryan. Dia memandang isterinya yang kesakitan itu dengan wajah yang cemas dan panik. Sumpah dia tak tahu sekarang nak buat apa. 
          
          Semua yang ada di situ menepuk dahi. Kenapa Raja Adryan begitu bodoh?. 
          
          "Allahu ad, cepat-cepat lah bawa dia pergi hospital, lemas anak kamu nanti, Astaghfirullah" Kata Puan Haura. Dah lah dia risau, bertambah risau pulak melihat anaknya yang masih terkebil-kebil melihat istrinya itu. Hoi isteri kau tangah menahan sakit, kau boleh pula macam tu?. Terlampau panik ni. 
          
          "R-ryal, k-kau tahu tak mana hospital?" Soalnya. Tangan yang menggigil itu memegang erat tangan isterinya. Kuat tangan Asyara memegang tangan Raja Adryan minta kekuatan, tetapi lebih kepada melepas geram sebenarnya. 
          
          "T-tak a..aku lupa ad, Aryan!!, cepat lah call ambulance nya!! aku takut lah tengok!!" Jerit Raja Adryal. Kepala Raja Aryan di tolak kuat. 
          
          Raja Aryan yang memegang telepon itu terus membuka Google. 
          
          "HOI!! YANG HANG PERGI BUKA GOOGLE TU APAHAL!!" jerit Raja Arfyan. Dia berdiri di sebelah anak bungsunya itu. Mahu terbeliak biji mata melihat anaknya membuka Google itu. 
          
          "Ar-aryan tak tahu number ambulance papa" Kata Raja Aryan membuat yang lain mahu menangis. Asyara yang sedang menahan sakit itu ketawa dengan sakit-sakitnya. Betul ke ini anak Raja Arfyan? Allahu. 
          
          End-
          
          HAGHAGAHAGHAAHAHHA sorang2 tak tahu nak buat apa. Dengan bapaknya terkeluar bahasa lain.