justimmaybe

Untuk writers yang stalk, saya minta maaf jika baca story kalian then masukkan ke dalam reading list tapi tak vote. Saya bukan sengaja tapi saya selalu terlupa untuk tekan bintang di bawah. Maafkan saya.

justimmaybe

Saya sebenarnya pemalu tapi acah2 sporting boleh tak gitu? Ke terbalik? Buat2 tak nampak je la ya, dah habis bakul nak angkat. Tata

imputeriiii

@justimmaybe lahhhhhhhh baru nak suruh telan uphamol. Satu je lega.
Reply

justimmaybe

@justimmaybe takpa, gunalah sensodyne
Reply

imputeriiii

@justimmaybe dia punya poyo tu kalau difikir auto ssuuppp jumpa ayah pin
Reply

justimmaybe

Ayuh hiatus !

imputeriiii

@justimmaybe saya tak dapat noti. Awak tag diri sendiri agaggagagagagaga
Reply

justimmaybe

Ketika kita memilih untuk berada di atas manhaj salaf, ketika itu jugalah banyak hal yang harus dikorbankan.
          
          Disaat yang lain menjadikan muzik sebagai halwa telinga mereka, manhaj ini menahan kita daripada turut serta menikmatinya.
          
          Disaat umat lena dibuai mimpi, manhaj ini mengingatkan bahawa salafussoleh itu tidak pernah meninggalkan malam-malam mereka tanpa dihidupkan dengan ibadah. 
          
          Ya, semestinya kita boleh memilih. Memilih samaada untuk mengamalkannya mahupun mengabaikannya. Tetapi apalah gunanya kita menisbahkan diri kepada manhaj ini tanpa ada usaha untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam segenap hal. 
          
          Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله تعالى:
          
          "Sesungguhnya kebaikan seorang hamba disaat dia mengenali kebenaran dan mengamalkannya. Barangsiapa tidak mengenali kebenaran maka dia tersesat dari kebenaran.
          Barangsiapa mengenali kebenaran kemudian dia menyelisihinya (tidak beramal dengannya) dan mengikuti hawa nafsunya maka dia adalah orang yang menyimpang dari kebenaran.
          Barangsiapa mengenali kebenaran serta mengamalkannya maka dia termasuk pemilik kekuatan dalam hal amalan dan orang yang memiliki pandangan tajam dalam hal pengetahuan, itulah jalan yang lurus."
          
          جامع المسائل (٣/ ٨٥)

justimmaybe

Duhai wanita, ini adalah pesan dari aku untuk aku dan kamu.
          
          Aku tahu menjadi wanita itu tidaklah mudah.
          Terlebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini.
          
          Disaat yang lain berlumba-berlumba mempamerkan kecantikan,,
          Kamu pula menahan diri daripada turut mempamerkan ia.
          
          Sememangnya ia tidaklah mudah.
          Namun, ketahuilah bahawa itu yang membezakanmu dengan mereka.
          
          Ya, mereka cantik dan indah.
          Engkau bukan sahaja cantik bahkan terhijab dalam kemuliaan dan ketaatan.
          
          Usah bersedih, tetaplah terus berjuang.
          Wanita solehah itu dimuliakan dengan amal dan taat.