iamzhelia

I'm thinking of revamping The Zulqarnaen. Reset the story. Sebab saya nak buat jalan ceritanya lebih mudah untuk pembaca faham. Yk, yang lama punya banyak flashbacks which are quite heavy for readers to connect the dots. 
          	
          	The revamped version contents so many difference from the old one. Perhaps, ada certain characters yang akan dibuang kewujudannya. Saya tak nak serabutkan pembaca and tak nak buat cerita ni meleret with nonsenses. 
          	
          	So...
          	
          	Coming soon:
          	
          	The Zulqarnaen (revamp)

iamzhelia

I'm thinking of revamping The Zulqarnaen. Reset the story. Sebab saya nak buat jalan ceritanya lebih mudah untuk pembaca faham. Yk, yang lama punya banyak flashbacks which are quite heavy for readers to connect the dots. 
          
          The revamped version contents so many difference from the old one. Perhaps, ada certain characters yang akan dibuang kewujudannya. Saya tak nak serabutkan pembaca and tak nak buat cerita ni meleret with nonsenses. 
          
          So...
          
          Coming soon:
          
          The Zulqarnaen (revamp)

iamzhelia

Assalamualaikum dan selamat tahun baharu untuk semua! Semoga kita istiqamah untuk menjadi diri yang lebih baik untuk tahun ini. Tahun Baharu, azam baharu!
          
          Okay, azam saya apa? Oh saya nak unpublish The Zulqarnaen. 
          
          P/s: Untuk tujuan menambah baik penulisan dan rangka cerita. Lagipun The Zulqarnaen ni dah nak sampai ke penghujung. Jadi saya nak cerita ni kuranglah cacat celanya. 
          
          Janji saya, bila saya publish semula, saya akan publish dalam bentuk yang lengkap. Dalam erti kata lain, daripada bab 1 sampailah endingnya. 
          
          Maaf ya, saya agak sibuk lebih-lebih lagi bila dah masuk 2024 ni. Doakan kejayaan saya ya, Assalamualaikum.

MyrahQue

@cikbuttercup_ waalaikumsalam, wahhh tak sabar nak baca bila dah complete! May Allah ease everything for you ❤
Reply

iamzhelia

I miss Zayne and Hana. I want to write again. But once saya dah mula menulis, saya kena fokuskan untuk menulis sahaja. 
          
          I can't multitasking ")
          
          Bcz I am a student. It quite hard to put my studies and hobby together. I can either focus on one each only. But I miss writing so much.
          
          I do want to continue The Zulqarnaen's journey. I can't help but curious about the ending too! I can't wait to finish Zayne's story and write a new series which is Malik's. 
          
          I've been thinking about Malik's plotting and story line. I know it'll be the best among the stories I've written. And for sure, it's gonna be my favorite! Because Malik's character is based on rl. Well it is someone I can't hold on to or even deserve to be with. Jurangnya terlalu dalam. 
          
          I want to write again. 
          
          Tapi apakan daya... 
          
          Hanya berbekalkan “Belajarlah. Kata nak banggakan mak & ayah. Mereka dah tak lama. Kau pula bongsu. Masa kau dengan mereka tak selama adik beradik yang lain. Takkan nak dipersiakan?”
          
          One thing for sure. I'll be back. Really, I'll be back. And when I do, I'll finish both Zayne & Malik's journey. For those yang masih menunggu, ada ke? Haha. Thank you! I love you!
          
          
          Lots of Love,
          Buttercuppy!

iamzhelia

@MyrahQue thank you awak, I appreciate it  may Allah bless you and grant all your kind wishes. Insya Allah we will be living in the du'a we are making all these years.
Reply

MyrahQue

@cikbuttercup_ saya tungguuuuu awak both stories ni complete! May Allah ease everything in your studies and stay strong okay ❤
Reply

iamzhelia

Malik Al-Firdaus [CS] ###########
          
          “Ja--Jannah... Buka mata, sayang...” Bibirnya bergetar dengan senyuman menafikan keadaan isterinya. 
          
          Kepala Jannah dibawa dalam dakapan. Tapak tangan yang menampung belakang kepala wanita itu terasa basah membahang. 
          
          Serta merta senyuman tadi mati dibunuh dengan penampakan cecair pekat dalam tangannya. Bahu Malik jatuh. Tubuhnya hampir longlai ke tanah. Lengannya menggeletar hebat. Jantung pembuluh darah di jantungnya terasa disentap dan tersumbat. 
          
          “Aku kecewa dengan perempuan macam kau. Menjijikkan.” 
          
          “Abang... Wallahi, Jannah tak buat apa yang abang fikir... Percayalah.” Tangisan Jannah siang tadi bergema dalam kepala.
          
          Bayangan dia menepis tangan halus itu dari menahan dia pergi meninggalkan isterinya. Malah kata-katanya selepas itu cukup merasakan dirinya bodoh. 
          
          “Pantang pisang berbuah dua kali... Pantang pemuda makan sisa.” Pecah tubir mata Malik mendengar suaranya sendiri.
          
          Allah...
          
          
          “Ab--abang?” Tenggelam timbul suara halus itu menyapa gegendang telinga. Malik langsung meluaskan matanya.
          
          Jannah sedang memandangnya, tepat ke dalam anak mata. Namun mata indah itu tidak lagi memantulkan cahaya. Mata itu keruh!
          
          “Jannah. Jannah bertahan ya? Abang bawa Jannah--”
          
          “Maafkan Jannah, ya? Jannah tak sedar dah khianat kepercayaan abang. Tapi Jannah tak pernah maksudkan untuk khianat cinta kita...” Jannah angkat tangannya lemah, dibawa ke pipi basah suaminya.
          
          Pantas Malik menggenggam tangan itu.
          
          “Abang... pun sama kan?” 
          
           Hati Malik terasa terjatuh ke atas batu. Berderai. Berdarah.
          
          “Jannah...” Badan Malik semakin galak menggeletar. Apa lagi bila tangan Jannah terasa dingin. Sangat dingin. 

iamzhelia

Malik Al-Firdaus [CS] ####
          
          “Ini silapnya saya. Jatuh cinta pada sesuatu yang bukan hak saya.” Keras nada Jannah menempelak Malik.
          
          “Apa sayang cakap ni? Abang ni suami Jannah. Hak Ja--” Bicara lelak itu diselar dengan dengusan nafas si isteri.
          
          “Bila saya jatuh cinta, saya akan cemburu. Hati saya sakit bila tengok awak bercakap dengan Hani. Saya tak suka dia senyum pada awak. Saya tak suka dia pandang awak dengan mata macam tu. Saya dah jadi posesif terhadap awak dan saya benci perasaan ni!” Jannah telah meluahkan. Malik membungkam kelu.
          
          “Sayang...” Resah menyelubungi dirinya apabila dada terasa panas melihat tubir mata isterinya pecah.
          
          “Saya juga wanita. Dan saya tahu apa yang bermain dalam hati seorang wanita hanya dengan melihat mata mereka.” Jannah mengesat sesuatu yang mengaburi pandangannya. 
          
          “Tapi saya tak tahu apa yang bermain dalam hati lelaki... Bila seorang wanita memberikan tatapan begitu--” Tanpa sempat Jannah habiskan luahan hati, terasa bahang udara di ubun-ubunnya. 
          
          Pinggang terasa dilingkari sesuatu. Perlahan bagai ular sawa membelit mangsanya.
          
          “Tengok mata abang. Beritahu abang... Adakah ini tatapan yang sama abang berikan pada wanita lain? Adakah mata ini pernah bersabung dengan mata mereka seperti mana mata abang dengan Jannah ketika ini?” Dagu Jannah diangkat bagi melihat wajah wanita itu. 
          
          Mata mereka terkunci.
          
          Pandangan Malik tajam menikam jiwa seorang Jannatul Malikah dan memakunya tepat di tengah hati wanita itu. 
          
          “Malik hanya untuk Malikahnya.” 
          
          

iamzhelia

 ###PENUKARAN TAJUK ##
          
          Saya ingin memaklumkan penukaran tajuk untuk siri yang bertajuk “The Devil's Sanity”
          
          Penukaran tajuk adalah seperti di bawah:
          
          THE DEVIL'S SANITY >>> THE ZULQARNAEN
          
          
          Kenapa saya tukar? Sebab saya baru sedar yang tajuk yang lama itu langsung tidak menggambarkan peribadi Zayne yang asal. Tajuk yang asal langsung tiada kena mengena dengan jiwa Zayne.
          
          Tapi kenapa Zulqarnaen? 
          
          Itu, kita sama-sama nantikan. 
          
          
          Sekian, terima kasih.

iamzhelia

Bidadari Malik Al-Firdaus
          
          “Sejak pertemuan pertama kita... Abang tak pernah jemu ceritakan tentang Jannah pada Allah.” 
          
          “Tak pernah sekali abang berhenti minta Jannah pada Allah.”
          
          “Tak pernah nama Jannah terlepas dalam tahajjud abang. Tak pernah.”
          
          .
          
          “Tapi kenapa Jannah? Kenapa pilih perempuan biasa macam saya? Saya tak se-solehah perempuan lain...”
          .
          
          “Sayang silap. Pada mata hati abang, Jannah perempuan yang luar biasa. Kalau tidak, mana mungkin hati abang yang tak pernah faham apa itu cinta mangkin terhadap Jannah?”
          
          “Jujur, abang yang dulunya berprinsipkan cinta itu racun yang boleh meruntuhkan iman. Lebih-lebih lagi iman seorang lelaki.”
          
          “Tapi... Bila abang tengok Jannah gigih mengendap dengar kuliah subuh, maghrib... Jannah gigih tulis soalan dan kirimkan pada orang-orang masjid supaya sampaikan pada abang walaupun masa tu Jannah tak nampak dan lihat pun muka penceramah handsome ni... Semua tu usaha Jannah mengenal dan mencari cinta Allah.”
          
          “Dari situ, hati abang luluh untuk seorang wanita yang abang pun tak tahu namanya.”

iamzhelia

The Devil's Sanity (canon)
          
          Kunci kereta dicapai. Hana bawa langkahnya ke muka pintu.
          
          Lengan diaambar dari belakang semasa kakinya dihayun ke hadapan. Hana terpasung sebelum menoleh ke belakang.
          
          Dia lepaskan udara keluar dari peparu saat wajah si suami terpampang dalam kornea.
          
          “Hana nak pergi mana?” Soal Zayne. 
          
          “Beli barang sikit.” Ringkas Hana.
          
          “Jom, pergi dengan abang.” Kunci kereta di tangan Hana itu Zayne cuba capai namun pantas Hana tepis.
          
          Ingat Hana, kau tengah merajuk. Jangan termakan dengan kata-kata dia!
          
          “Tak apa, Hana boleh pergi sendiri.” Jawapan Hana berbentuk sebuah penolakan. 
          
          “Abang hantar.” Zayne tak mengalah. 
          
          Sampai berkerut dahi nak memujuk isteri.
          
          Gadis itu hela nafasnya. Tak faham ke?
          
          “Tak apa, Hana tak nak susahkan abang--”
          
          “Dah tu apa fungsi abang jadi suami kalau Hana langsung tak nak bergantung pada abang?” 
          
          Bicara Hana diselar begitu sahaja. 
          
          Mendengarnya langsung membuat Hana terkedu. Kelu lidahnya.
          
          “Bukan itu maksud Hana--”
          
          “Kalau sayang dah mula biasa macam ni... Sayang buat abang rasa dah tak diperlukan.”
          
          Ujar Zayne. Nadanya mendatar tapi getaran bunyi dalam suaranya kuat menghentam hati Hana.
          
          Egonya sebagai seorang suami tercabar bila isterinya bertindak seolah-olah dirinya tidak diperlukan. Walaupun hanya untuk membantu sekecil-kecil perkara.
          
          “Errr... Okay Hana minta maaf. Hana tak maksudkan yang Hana tak perlukan abang...” Bahu Hana jatuh. Mengalah.
          
          Langkahnya dibawa menghampiri si suami. Lengan kekar itu disentuh.
          
          Kening Hana bertaut seketika.
          
          Tapak tangan dibawa ke wajah suaminya pula untuk memeriksa. 
          
          Panas!
          
          “Abang nak Hana perlukan abang... But turns out I am the one who needs you right now...” Kepala Zayne dilentokkan di bahu isterinya.
          
          “Abang, jom makan ubat dulu. Panas sangat ni.”
          
          “Suap.”
          
          “Ya, ya... Hana suapkan.” Jari jemari Hana menelusuri setiap helaian rambut suaminya.
          
          “Hmm...”

iamzhelia

Bidadari Malik Al-Firdaus part 2
          
          Jannah merasakan ada sesuatu yang dipalu hebat dibalik telapak tangannya.
          
          “Look at what you just did, sayang.”
          
          “What? I did nothing.” Jannah tarik tangannya. Lengan Malik pada pinggangnya itu dia leraikan sebelum Malik membuka bicara. Mengorak langkah menjauhi suaminya.
          
          Malik kalau dilayan, makin menjadi-jadi. Jadi, tak payah layan. Biar saja dia syok sendiri. 
          
          “Abang, jangan kacau Jannah buat kerja. Pergi duduk depan.” Arah Jannah. Arahan itu juga terselit amaran.
          
          Dengan itu, wajah Malik tersirap. Masam mencuka. Boleh dihidu bau cukanya itu.

iamzhelia

Bidadari Malik Al-Firdaus part 1
          
          Sudu besi berdenting dengan dinding mug hitam. Jannah terus mengacau minuman coklat panas mengikut arah berlawanan jam.
          
          Bibir mungil itu sesekali naik membentuk senyuman tipis bila teringat akan sesuatu.
          
          Malik biasanya akan minum kopi panas tanpa gula untuk sarapan. Tapi hari ini buat pertama kali, Jannah ubah kebiasaan itu.
          
          Kenapalah Malik gemarkan kopi hitam tanpa gula? Pekat pula tu. 
          
          Selesai mengacau air, Jannah panjangkan tangan mencapai piring di bahagian atas kabinet dapur. 
          
          Usai itu, tiba-tiba terasa ada sesuatu melingkari pinggangnya dari belakang. Nak terputus nafasnya dek terkejut.
          
          “Hei.” Suara Malik kedengaran serak. Bahu kanan Jannah terasa memberat. Udara hangat menampar-nampar leher jinjangnya.
          
          Jantungnya berdegup kencang bagai meronta ingin keluar dari sangkar rusuk. Nafas sudah bercelaru jadinya.
          
          Hanya Malik yang mampu buatkan Jannah rasa begitu.
          
          “Kenapa tak kejut...” Hidung digeselkan pada leher isterinya. Wangi.
          
          Jannah tertawa menahan geli. 
          
          “Abang!” Dia pusingkan tubuh menghadap Malik. Lengan suaminya masih lagi terkunci pada pinggang.
          
          Mata mereka bersabung. Tawa gadis itu terhenti bila wajah suaminya terpapar jelas begitu dekat. 
          
          Suami kau ke ni, Jannah? 
          
          Wajah itu indah. Namun memukaunya untuk terus membatu di situ. Malah jantungnya bertindak diluar kawalan. 
          
          Malik meneroka lekuk-lekuk wajah isterinya. Hujung bibirnya naik.
          
          Kemudian dia meraih telapak tangan Jannah lalu ditekup pada dada kirinya.