athyeleanor

"Ketika malam menjelma dan semua manusia tenggelam dalam mimpi ngeri, hari aku baru saja bermula."

athyeleanor

-lalu-
          
          Setiap kali orang mengatakan sesuatu yang buat aku jatuh, aku pasti akan membayangkan tangan ini mencekik leher sendiri sehingga nadi berhenti berdenyut. 
          
          Tapi di dalam bayangan itu aku masih hidup dan 'dia' sudah mati. 
          
          Ia menyedarkan aku bahawa yang mahu aku bunuh itu bukan diri sendiri. 
          
          Aku cuma mahu bunuh kebodohan ini. Aku mahu matikan penyesalan yang seringkali menghurung kepala sehingga ke sudut hati. 
          
          Aku mahu aku yang melakukan kesilapan di masa lepas itu mati. 

athyeleanor

Barangkali dengan itu, aku di masa kini akan terlepas daripada rasa ingin bunuh diri. 
Reply

athyeleanor

Actually I rarely felt down if I don't have many readers. If anything, I'll be more unmotivated when I felt like my writing is so bad and anyone who read didn't like it. 
          
          The reason I don't feel anything having a few reader is I am literally my own fan. If no one likes it, I will love it. But my friend take a huge part in this too. They make me love my writing. 
          
          So, I really don't care if I only have one reader as long as the one reader likes my writing. 

athyeleanor

-autumn- 
          
          Musim luruh telah tiba. 
          
          Dedaunan berubah warna. 
          
          Dari hijau menjadi kekuningan dan jingga. 
          
          Ada juga yang berwarna merah. 
          
          Daun-daun gugur dari pohonnya. 
          
          Aku mengangkat tangan ke atas, menyambut daun yang sedang jatuh. 
          
          Bibir mengukir senyum, menikmati dingin yang menyentuh kulit. 
          
          Pandangan aku jatuh ke arah tangan yang terasa basah. 
          
          Cecair merah menitis di atas tapak yang ditadah. 
          
          Dan apabila aku mendongak, ada sepasang mata yang merenung aku. 
          
          Matanya terbeliak, renungannya kosong. 
          
          Tiada riak takut seperti sebelum ini. 
          
          Darah mengalir dari pergelangan tangannya, meninggalkan tubuhnya yang sedang memucat. 
          
          Lehernya dililit oleh tali yang terikat pada dahan pokok seperti merantai badannya agar tidak lari daripada kematian. 
          
          Aku menundukkan pandangan, menatap lantai yang dibanjiri darah. 
          
          Saat itu kesedaran mengetuk jendela hati, musim luruh benar-benar sudah tiba. 
          
          Banyak nyawa yang akan gugur tapi hakikatnya bukan kerana hati yang tidak mampu bertahan dalam pertarungan antara diri sendiri. 
          
          Mungkin saja kerana musim luruh telah tiba. 
          
          Satu jeritan pecah di antara keramaian.
          
          Pagi yang sunyi mula diisi dengan suara-suara keriuhan. 
          
          Semua kepala memandang ke arah aku.
          
          Aku tekup mulut. Jari telunjuk menuding ke atas. 
          
          Kini jeritan aku disambut dengan teriakan orang lain. 
          
          Aku terduduk. 
          
          "Autumn!" Suara seorang gadis memanggil nama aku.
          
          Aku terus menoleh. Mata berair memandang rakan aku yang semakin mendekat. Anehnya, hujung bibir tidak melengkung ke bawah. 
          
          Sesaat, senyuman aku meleret tipis sebelum tubuh aku tenggelam ke dalam pelukannya. 

athyeleanor

"Hey, can I ask you something?"
          
          "Anything." Dia tatap aku redup. 
          
          "Do you think you can handle me? Kau fikir nanti kau boleh tenangkan aku kalau aku marah? Yakinkan diri aku balik waktu aku betul-betul putus asa sampai rasa nak mati. Pegang tangan aku bila aku nak larikan diri. Kau rasa kau boleh?" 
          
          Jujur, soalan itu sudah bermain dalam kepala sejak sekian lama. Tapi aku ambil masa yang lama juga untuk meluahkannya kerana aku takut mendengar jawapan yang akan dia beri. 
          
          Sedangkan sekarang ini pun, aku sudah tunduk. Tidak mahu merenung ke arahnya. Aku tidak mahu melihat riak mukanya. 
          
          "To be honest, I can't."
          
          Aku menggigit bibir. Rasa sakit menikam kejam dalam dada. 
          
          "I am just a human, you know. Ada masanya aku juga aku akan rasa penat. Tapi aku nak buat semua itu untuk kau. Kalau cuma itu yang boleh buat kau bertahan, aku akan buat. Sebab aku lagi tak boleh bayangkan kau jauh daripada aku."
          
          Perlahan-lahan aku angkat kepala untuk memandang wajahnya. Dia tersenyum. 
          
          "I can't but I will do it anyway. Because I want to, not because you need me to." 

athyeleanor

At this point, I don't know if can write about a lover who loves too hard anymore. Sebab aku sentiasa tertanya kenapa diorang boleh secinta itu? Kenapa nda putus asa? I know it's not easy to let go and move on but when you've been rejected for so many times and deep inside you know the relationship is hopeless, why would you work so hard to earn them? Just give up bro (I have some issue)

athyeleanor

Wujudnya seperti bunga mawar yang tumbuh cantik antara bunga-bunga yang lainnya. Bunga mawar putih yang melambangkan suci. Sungguh memanggil jiwa aku untuk terus mendekati sehingga tanpa sedar, jari sudah terluka kerana terleka dengan keindahan yang menyembunyikan hakikat berduri. Lantas kini warna putih itu dikotori merah darah yang mengalir daripada tangan aku. Seperti racun berbisa, darah aku perlahan-lahan memamah kesuciannya, meninggalkan hanya duri yang bererti bahaya. Kerana takut, aku putuskan untuk mengundurkan diri dan membiarkan dia bertemankan sunyi. 
          
          -

athyeleanor

-darah manis-

athyeleanor

Satu bisikkan suara bermain semula di telinga. 
            
            "Darah manis."
            
            Bersama senyum yang terukir tajam seakan mahu memangsakan aku. 
Reply

athyeleanor

Aku tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini aku rasa seperti sering diperhatikan. Ke mana aku pergi, pasti ada suatu detik yang buatkan bulu roma aku meremang. 
            
            Dan apabila aku menoleh, tiada apa-apa pun yang kelihatan mencurigakan. Tapi dalam ketiadaan itu aku masih takut sekiranya ada yang bersembunyi. 
            
            Disebabkan semua kejadian itu, aku mula mengelak keluar dari rumah. Namun hari ini, bonda menyuruh aku pergi ke pekan untuk membeli barang dapur. 
            
            Kerana terpaksa, aku gagahkan juga diri untuk mengiyakan permintaan bonda. 
            
            Entah kenapa, aku rasa tidak sedap hati saat kaki menapak keluar dari rumah. Apatah lagi ketika angin menderu laju ke arah aku, menyentuh seluruh kewujudan aku sekaligus menghadirkan suatu rasa aneh di dalam jjwa. 
Reply