akuorgbiasa

“Mama and family awak semua masih di homestay ke?” 
          	
          	“Haah. Sekejap lagi diorang bertolak ke Cherating.” 
          	
          	Nurul mengangguk. Memang Izzat ada maklumkan yang keluarga Izzat akan terus makan angin di Cherating selepas majlis pertunangan mereka. 
          	
          	“Homestay tu okey ke? Selesa? Boleh tidur lena semua orang?” 
          	
          	“Okey je.  Tak dengar complain pun. Aku je yang tak okey.” 
          	
          	Nurul laju menoleh memandang Izzat. 
          	
          	“Kenapa? Awak tak boleh tidur ke? Ada gangguan ke?” soal Nurul bertalu dengan suara separa berbisik. 
          	
          	Mestilah. Nak cerita hantu, kena suara bisik-bisik macam ni baru feel. 
          	
          	“Hmm. Ada jelmaan ganggu tidur aku.” 
          	
          	Mulut Nurul terlopong. “Serius? Jelmaan apa, wak?” 
          	
          	“Jelmaan Nurul Izzah. Tunang Muhammad Izzat. Asyik menjelma je dekat kepala. Nak tidur pun susah. Lama lagi tiga bulan tu... Macam mana ni?” 
          	
          	Nurul berdecit dan tertawa. “Mengada tau! Saya ingat ada hantu tadi...”
          	
          	    
          	
          	Asyik teaser bitter je...
          	
          	Nah, yang comel sikit.. hihihi...
          	
          	Ecehhh... tunang dah dia....
          	
          	Kisah Kita, Mi Segera & Balkoni
          	
          	PDF ebook.
          	
          	Link: tinyurl.com/ebookAOB

MySweetyPain

Kakkkkk...akak x nak ke terbitkan jodoh ke bodoh? Saya rindu gile cerita tu..haritu akak up balik tu sekejap je dpt baca x puas hilang rindu..jadikan la ebookk plisssss 

MySweetyPain

Apaa kata akak upload jee yg lama saya rindu laa nak baca lagi² part dorang nk kawin tpi nia sakit tuu huhu
Reply

akuorgbiasa

@MySweetyPain ada plan. Tapi nak edit belum ada masa. Huhuhu
Reply

ida9766

Yong..rindu.. kita marathon lagi sekali The untold stories..hihi

ida9766

@akuorgbiasa it's okay yong, take your time, have a good rest oki, take care 
Reply

akuorgbiasa

@ida9766 huhuhu..kebizian melampau skrg. Tepu otak.. insyaAllah, lapang sikit nanti, yong try up tus..haha
Reply

akuorgbiasa

“Mama and family awak semua masih di homestay ke?” 
          
          “Haah. Sekejap lagi diorang bertolak ke Cherating.” 
          
          Nurul mengangguk. Memang Izzat ada maklumkan yang keluarga Izzat akan terus makan angin di Cherating selepas majlis pertunangan mereka. 
          
          “Homestay tu okey ke? Selesa? Boleh tidur lena semua orang?” 
          
          “Okey je.  Tak dengar complain pun. Aku je yang tak okey.” 
          
          Nurul laju menoleh memandang Izzat. 
          
          “Kenapa? Awak tak boleh tidur ke? Ada gangguan ke?” soal Nurul bertalu dengan suara separa berbisik. 
          
          Mestilah. Nak cerita hantu, kena suara bisik-bisik macam ni baru feel. 
          
          “Hmm. Ada jelmaan ganggu tidur aku.” 
          
          Mulut Nurul terlopong. “Serius? Jelmaan apa, wak?” 
          
          “Jelmaan Nurul Izzah. Tunang Muhammad Izzat. Asyik menjelma je dekat kepala. Nak tidur pun susah. Lama lagi tiga bulan tu... Macam mana ni?” 
          
          Nurul berdecit dan tertawa. “Mengada tau! Saya ingat ada hantu tadi...”
          
              
          
          Asyik teaser bitter je...
          
          Nah, yang comel sikit.. hihihi...
          
          Ecehhh... tunang dah dia....
          
          Kisah Kita, Mi Segera & Balkoni
          
          PDF ebook.
          
          Link: tinyurl.com/ebookAOB

akuorgbiasa

this message may be offensive
“Weh, kau ingat ni cerita drama ke? My everything, apa benda? Kau jantan, aku jantan. Memang tak boleh!”
          
          “I am a woman, sayang! I should be a woman. Deep inside, I am always a woman. I cuma dilahirkan dalam badan yang salah. Search the internet. Memang ada condition untuk describe the issue that I am going through. Gender dysphoria. I am always a girl inside and I’m your girl, Izzat.” 
          
          Izzat terkebil-kebil memandang Anne dengan riak terkejut. “Seriuslah? That’s your argument? That’s your defense? Bullshit!” 
          
          Tubuh dipalingkan ingin berlalu pergi, namun lekas-lekas dihalang Anne. 
          
          “Izzat, please. Don’t do this to us. We love each other so much. Satu dunia tahu. Itu je yang penting. Love is love and that is the only thing matters.”
          
              
          
          Dulu, pernah ada pembaca di Wattpad DM yong. "Kak, tak nak cuba buat cerita pasal homosexual?" 
          
          I was like, "eiyewwwwwwwww nooo!!!"
          
          Back then, I couldn't even imagine writing about that. But here we are. 
          Izzat × Anne, pasangan terpaling leving katanya. Anne, gf yang terpaling memahami katanya 
          
          This time, sekali lagi yong keluar dari ruang selesa menulis benda yang yong sendiri tak leh blah. 
          
          Penyondol. Homosex & transgender.
          
          Jangan bimbang. Ada social critique nya. Ada selitan mesej yang yong cuba nak sampaikan dalam naskhah tak seberapa. Semoga Allah kira usahanya...
          
          tinyurl.com/ebookAOB

eilasha77

akuorgbiasa

"Seriuslah Fairuz tu laki orang? So, kau ni kira tunangan laki orang?” 
          
          Nurul tarik nafas panjang kemudian dia hela perlahan-lahan. “Tunang ke?” 
          
          “Dah tunanglah kiranya. Dia dah jumpa keluarga kau. Dah bagi cincin. Dah menuju ke jinjang pelamin!”  
          
          Nurul angkat bahu. “Yalah, kan?” 
          
          “Eh, aku tak fahamlah perempuan ni! Macam mana dia boleh wat-lek-wat-chill je dalam keadaan ni? Kenapa kau tak menangis?"
          
          “Ibu dan along dah tahu?” 
          
          Mendengar nama dua orang penting itu disebut, Nurul segera mengangkat wajah semula. Berdecit.  
          “Belumlah tu!” teka Airin lagi. 
          
          “Bagitahu cepat, Nurul. Kau nak tunggu sampai bila. Nanti dia orang kau dah buat preparation majlis kahwin kau, kan ke naya,” bebel Airin. 
          
          Nurul ketap bibir. Memandang Airin lama. “Airin, kalau... err... kalau aku kata, aku nak teruskan juga perkahwinan ni, kau rasa aku gila tak?” 
          
          
          
          There are two sides to every story. So apa kisah Nurul, si penyondol? 
          
          "Kisah Kita, Mi Segera & Balkoni"
          
          Teaser mengundang amarah 
          
          tinyurl.com/ebookAOB
          

akuorgbiasa

Kisah Kita, Mi Segera & Balkoni
          
          
          “Assalamualaikum! Encik Tuan Rumah!” Suara itu kedengaran lagi.
          
           Izzat berdecit perlahan lalu mengangkat tubuh dari perbaringan. Dia meraba mencari telefon bimbit di atas katil. Dia hidupkan lampu daripada telefonnya itu menerangkan ruang bilik yang gelap. 
          
          “Tuan!” 
          
          “Hish, pekak ke apa dia ni?”  Daripada luar pintu, Izzat dengar rungutan. Dia berdecit lagi lantas bangun malas menuju ke pintu bilik. Dingangakan pintu.  
          
          “Oh mak kau!” Si dia yang sedang cuba menekapkan telinga ke pintu biliknya itu melatah. 
          
          “Nak apa?” tanyanya sambil menggaru kepala. Disusuli menguap besar. 
          
          “Err... blackout,” ujar si gadis. 
          
          Izzat pandang sekeliling rumah.
          
          Lah, patutlah bilik gelap-gelita. Kebetulan pula langsir semua dalam keadaan tertutup. “Hmm, okey...” jawab Izzat lantas cuba merapatkan pintu semula.    
          
          “Eh, awak, awak!” Pantas tangan itu menahan. 
          
          “Apa lagi?” 
          
          “Takkan macam tu je?” 
          
          “Dah tu?” 
          
          “Kita... err.. kita duduk depan boleh? Dekat living?” 
          
          “Pergilah. Pergi je suka hati kau pusing-pusing rumah ni. Tak payah mintak izin.” Sekali lagi Izzat cuba menutup pintu. 
          
          “Saya takut!” Akhirnya gadis itu buat pengakuan. “Saya takut sorang-sorang dalam gelap.” 
          
          Izzat kerut dahi. “Then? Nak aku peluk ke?” 
          
          Gadis itu berdecit. “Ei, dia ni. Aku pang jugak kang. Dasar jantan kabaret! Abaikanlah! Menyampah pulak aku tengok!” Lantas si dia berlalu pergi dengan bantuan cahaya daripada lampu bimbit. Tidak lama kemudian, dia dengar bunyi pintu gelangsar ditarik. 
          
          Izzat tergelak kecil. Kabaret pulak dah? Suka hati mak nenek dia je! 
          
          
          T3mpahan sudah dibuka.
           67k words
           688 pages
           15 only
          
          Link: tinyurl.com/ebookAOB

akuorgbiasa

@aerayaa insya-Allah sampai end januari :)
Reply

aerayaa

Sampai bila open ?
Reply