TheFnlini

Teruntuk semua pembaca IVTG, scene mana paling korang suka atau yang nampak gempak?
          	
          	Nak buat video promosi tapi takde idea

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas beberapa minggu cerita ini terbiar, akhirnya saya berjaya siapkan chapter 10!
          
          Jemputlah baca, ya? Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 10 | Manusia juga binatang
          
          "Mereka hidup, kita juga hidup. Kita bekerja, mereka juga bekerja. Lalu mengapa kita tidak saja hidup seperti mereka? Melupakan segala keraguan dan membiarkan naluri liar mengambil alih. Tidakkah itu lebih mudah?"
          
          Kerutan dahi hilang. Diganti kedua belah kening terangkat. Soalan itu jelas membuatkan Husna terpempan. Sungguh tidak menyangka dia dipertemukan ideologi sebegitu rupa.
          
          Namun tidak lama selepas itu, Husna melepaskan satu gelakan kecil.
          
          "Encik mengingatkan saya kepada ayah di rumah. Dia juga gemar bersoal jawab sebegini rupa. Hingga terkadang tu daun juga dia persoalkan."
          
          "Soal jawab? Bagaimana jika ini bukan sekadar soalan, tetapi kebenaran?"
          
          -----
          
          I just published "10 • Manusia juga binatang" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1448126462?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST bab 9 telahpun di-update. Jemputlah baca!
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 09 • Lelaki Bertopeng
          
          "Benarkan aku masuk."
          
          "Tak boleh! Sekiranya pintu dibuka dan Leo keluar, usaha kita akan sia-sia!" Tegas Ethan. Peluh di dahi dikesat. Pandangan kekal pada komputer tiga skrin yang berada di tangan. Lelaki itu bersila di atas tar, berusaha menstabilkan Penjara Tenaga.
          
          Gigi diketap. Penumbuk dikepal. Zack menyambar kolar baju Ethan, memaksanya berdiri.
          
          Mata bertemu mata. Zack merenung Ethan dengan pandangan tajam, memantulkan amarah dalam dirinya.
          
          "Buka pintu itu, sekarang. Husna pasti akan cuba melawan makhluk itu dalam masa yang sama melindungi budak perempuan itu. Hanya dia seorang tidak akan mampu melakukan kedua-duanya serentak!"
          
          "Sendirian?" Nada Ethan dingin. Pandangan matanya kosong. Tidak ada walau secalit gusar. "Siapa kata dia sendirian?"
          
          -----
          
          I just published "09 • Lelaki Bertopeng" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1445921149?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST chapter 8 telahpun berjaya dipublish. Kalau ikutkan nak pub tengah hari lagi. Tapi entah kenapa boleh lupa. Maka jadilah publish pukul 7 petang ^^"
          
          Anyway, jemputlah singgah.
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 08 • Memori
          
          "Maaf ya, Zack. Saya janji, lain kali kita datang lagi, boleh?"
          
          Janji?
          
          Pandangan dialih menghadap perempuan itu. Mata merahnya bagai menjemput curiga. Dahinya sedikit berkerut, memandang Husna dengan pandangan ingin tahu.
          
          "Janji?"
          
          "Ya, janji. Bila kita berjanji, kita perlu tepati. Saya janji saya akan tepati janji saya. Insha-Allah."
          
          Riak Zack mengendur. Tiada lagi muka kecewa, tiada lagi rasa tidak puas hati. Wajah berkulit putih pucat itu bersulam curiga, memikirkan kebenaran di sebalik kata-kata tersebut.
          
          Janji perlu ditepati?
          
          "Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya janji."
          
          Jadi mengapa dia tidak tepatinya?
          
          -----
          
          I just published "08 • Memori" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1444905793?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST chapter 7 telahpun di-publish. Jemputlah baca!
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 07 • Leo
          
          Hon! Hon!
          
          Bunyi hon ditekan terpantul di segenap sudut, menghasilkan gema yang bingit. Leo kelihatan menutup telinga, menjerit terseksa. Merasa terancam dengan kehadiran baharu itu, Leo pantas melarikan diri, meninggalkan tempat kejadian.
          
          Husna dan Zack keluar dari perut kereta. Husna segera mendapatkan gadis itu, sementara Zack bersama kapaknya terus mengejar Leo tanpa menanti arahan.
          
          "Nanti, Zack!"
          
          Tidak mengendahkan, Zack meneruskan larian dengan senyuman teruja terukir. Adrenalin mula dirembes ke seluruh tubuh, menambahkan lagi kelajuan.
          
          "Husna!" Tepat pada masa, Ethan dan Chloe tiba.
          
          "Ethan, jagakan perempuan ni!"
          
          "Huh? Husna, kau nak ke ma— Hei!"
          
          -----
          
          I just published "07 • Leo" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1443367592?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST chapter 6 telahpun di-publish. Jemputlah baca.
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 06 • Denai Kasih
          
          "Nanti, mana Zack?"
          
          Dari kejauhan, tangan itu memegang kejap tangga yang berada di sebelah. Nafas tercungap-cungap dan dada yang berombak pantas. Zack berjalan dengan mengheret kaki, menongkat tubuh pada bingkai tangga agar tidak hilang keseimbangan.
          
          Rambutnya kusut, bajunya senget. Mukanya merah, jelas bercampur marah dan penat.
          
          "Husna... Aku nak balik."
          
          -----
          
          I just published "06 • Denai Kasih" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1441226646?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST episod 5 telahpun di-pub. Jemputlah baca.
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 05 • Rantai Kunci
          
          Dia tertolak ke tepi dek impak hayunan pisau, serta-merta menghentikan tawaan ketiga-tiga mereka. Pipinya terasa pedih dan berdenyut. Apabila dipegang, cecair merah pekat kelihatan. Semakin lama, semakin banyak mengalir keluar daripada belahan.
          
          "Aku paling benci bila serangga seperti kau berkata-kata. Berdesing, tahu?" Zack bangun berdiri dengan pisau masih di tangan. Ia kemudian diangkat separa dada, dihala tepat ke arah lelaki itu sebagai satu ancaman.
          
          "Mari kita lihat, siapa mati dulu."
          
          -----
          
          
          I just published "05 • Rantai Kunci" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1439210737?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST chapter 4 telahpun di-update. Jemputlah baca.
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 04 • Elena
          
          "Ah, lihatlah tikus ini. Tidak padan dengan kecil, berani buat onar di sini. Kau tahu, tikus kecil seperti kau tidak hidup lama. Apatah lagi bila bertembung pemangsa seperti aku." Tubuh gadis lingkungan lima tahun itu didekatkan dengan wajahnya. Zack menyeringai, menikam mata merahnya tepat ke dalam mata kanak-kanak itu.
          
          Barangan lebihan yang dipegang gadis itu jatuh ke tanah. Dia menggigil ketakutan, hampir sahaja menangis.
          
          "Zack, sudah. Letakkan dia." Arahan Husna membuat Zack jengkel. Namun begitu dia sedar dia tidak mempunyai kuasa terhadap Husna. Tidak dengan wujudnya kolar di leher. Dia berdecit geram lalu melepaskan gadis itu secara kasar.
          
          -----
          
          I just published "04 • Elena" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1436162408?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini

TheFnlini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. BEAST bab 3 sudahpun berjaya di-publish. Jemputlah baca.
          
          Arigatougozaimasu! ^^
          
          -----
          
          Preview: 03 • Tapak kasut
          
          Dia bangun berdiri, mengekori dengan penuh curiga wayar hitam yang membawanya kembali ke pintu masuk. Namun, ia tidak berhenti di situ. Masih memanjang hingga ke koridor sebelah kanan, tempat sepatutnya Zack berada. Mata Husna masih mengekori wayar hitam tersebut yang kelihatannya berhenti pada sebuah pintu di hujung koridor ini.
          
          Pintu yang sedang dibuka oleh Zack.
          
          Gasolin, tong gas dan wayar yang bersambung pada pintu. Mata Husna membulat, mulai sedar akan apa yang sedang berlaku.
          
          "Zack, jangan buka pintu tu!" Terlambat. Zack terlebih dahulu memulas tombol dan menguaknya buka.
          
          BOOM!
          
          -----
          
          I just published "03 • Tapak kasut" of my story "BEAST". https://www.wattpad.com/1432653216?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini