NovelisSuciHidayat

“Alisa… please?” Ibra tak mahu Alisa menolak. 
          	
          	“Malu saya. Banyak sangat dah ni Encik Ibra tolong saya. Banyak sangat dah saya susahkan Encik Ibra. Macam mana saya nak balas semua budi encik nanti?” Alisa hembus keluh. Entah terbalas entah tidak semuanya. Gaji yang ada pun belum tentu cukup untuk dia dan anak-anak. Nak balas budi pula?
          	
          	Ibra renung Alisa. Sembunyi senyum bila Alisa sebut tentang balas budi. Tak kisah langsung pun berapa banyak duit, berapa banyak masa atau budi pun yang dia curahkan untuk Alisa. Ibra tak pernah terlintas untuk minta wanita itu membayar semua setiap sen duit atau pertolongannya.
          	
          	Tapi… kalau Alisa benar-benar mahu membayar, Ibra tak mahu dalam bentuk duit.
          	
          	Ibra mahu Alisa. Ibra mahu anak-anak Alisa. Ibra mahu seluruh diri dan kehidupan Alisa. Dan Ibra janji, segala hutang budi Alisa, langsai!

"Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak." - Ku Jibrael.
          
          Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.
          
          "Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael." - Dara Adalia.
          
          Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?