Miss_RoseGold

Hello dearest.. Ada sesiapa antara korang yang berminat untuk dapatkan COMBO EBOOK TRIPLE SARANGHAE? Korang boleh check-out Cheonsa Saranghae di akaun @yana_xoxo untuk dapatkan sedikit overview/preview.. Best regards!

imlucyanaf

01118545793
          
          ✨ TEASER 2 ✨
          
          Wooyoung beralih pandangan kepada Mina. Ini kali pertama dia bersua muka dengan gadis ini. 
          
          Jae jarang bercerita perihal kawan-kawan di 
          universiti. Malah, tidak pernah sekalipun dibawa ke rumah untuk belajar atau makan bersama. Semuanya dilakukan di kampus sahaja. 
          
          Lain pula Dahyun. Dahyun sekeluarga sudah sepuluh tahun menetap di taman perumahan yang sama. Jadi sedikit sebanyak dia kenal akan gadis putih melepak ini.
          
          “Ahnak behdua mahsuklah duhlu… Pahcik boleh hidangkhan pencuci muhlut.” 
          
          “Tak apa, pak cik. Kami ada assignment nak 
          disiapkan. Kami pulang dulu, ya?” Mina dan Dahyun menunduk hormat berkali-kali. 
          
          “Tehrima kahsiihh sebab bahwakan Jaeh 
          bahlik.” ucap Wooyoung. Petuturan sengaunya 
          dihadam Mina dan Dahyun perlahan-lahan lalu 
          mereka mengangguk laju. Mereka mula berjalan 
          meninggalkan perkarangan rumah itu. 
          
          Mina menoleh ke belakang. “Aku ingatkan Jae main-main bila kata ayah dia tu sengau.”
          
          Dahyun menyiku Mina. “Eh, kau ni. Takkan anak nak kutuk ayah sendiri.”
          
          https://www.wattpad.com/story/275534780
           #lucyanapublication #romancecomedy #novelmelayu #novelfanfiction #novel #kfanfic #kpopfanfic #kpopnovel #knovel #rubyn #novelfanfic #csul