HAII PEMBACA LOLLYSNOW.
Saya ada buat promosi untuk E-Book terbaru saya Lora Denara!
45k patah perkataan
RM 10
Dan sesiapa yang beli LORA DENARA akan dapat ebook percuma Safura Mikail juga tau!
Cepat-cepat pm admin IS DAN ADMIN LS sekarang! Link dan no telefon ada di bio saya.
Promosi bermula semalam sehingga esok. (3 hari sahaja) selepas daripada itu harga Lora Denara kembali kepada asal RM 15.
•BLURB•__________
Angkara permusuhan di antara orang tua, Lora dan Zaiden ambil jalan mudah. Mereka kahwin di usia begitu muda tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing.
Perkahwinan itu memerlukan kematangan, Itulah yang kurang dalam keputusan mereka dan akibatnya 8 tahun mereka terikat tanpa khabar.
“Macam mana nak cerai ya? Gila! Lama betul aku jadi isteri orang dan baru sekarang terfikir nak cerai.” – LORA
“Dah tu? Kau nak aku cakap apa? Aku dah 7, 8 tahun tak contact dia. Nak ajak dia honeymoon? Ajak dia couple balik dengan aku macam zaman monyet dulu?” - ZAIDEN
Perkahwinan yang dikatakan hangat-hangat tahi ayam akhirnya menemui kata putus. Zaiden dan Lora setuju untuk bercerai dan mengakhiri hubungan tanpa kepastian yang berlaku selama 8 tahun itu.
Tetapi saat mereka hampir ke detik itu, perkahwinan yang selama ini dirahsiakan di belakang orang tua masing-masing akhirnya terbongkar di sebuah majlis amal.