2:56 A.M
Rabu
20 May 2020
Entah kenapa, aku teringatkan satu fanfiction yang pernah aku karang dahulu pada tahun 2016. Satu cerita pendek, tidak menggunakan ayat karang ala-ala novel, tapi hanya menggunakan dialog sebagai cara penyampaian cerita. Ah, aku masih mentah. Ketika itu, aku baru berumur 14 tahun.
Pagi yang sunyi, tanpa gangguan bunyi cengkerik, menunggu waktu sahur walaupun aku dilarang berpuasa, aku terfikirkan Fanfiction itu. Aku ingat lagi, ada orang komen "akak, update lagi please" dan aku meninggalkan komen yang mungkin telah mengguris hatinya "maaf dik, tapi Fanfiction ni takkan disambung lagi" . Sebab apa, aku malas. Aku juga pada waktu itu sudah membuat keputusan untuk uninstall Wattpad, atas alasan telefon dah penuh storage.
Kini, aku sudah mencecah 18 tahun. Official. Wow, dah 18sx.
Sekarang, aku install semula wattpad. Rindu, gian nak membaca hasil karya kreatif novelis/penulis online. Padahal notifikasi menjerit di skrin telefon "storage full bla bla, please clear bla bla" .
Topic utama aku menulis di bahagian ini, entah kenapa, aku rasa mahu sambung semula FF itu. In Shaa Allah, aku akan re-edit semula cerita itu supaya menjadi ayat yang lebih enak hati membaca. Selagi wattpad masih bernyawa di telefon bimbit, selagi itu aku akan 'bernyawa' menulis kembali.