“Kadang-kadang, aku tak pasti apa yang sedang berlaku dalam hidup aku.” Jujur Haura meluah rasa.
Puteri dan Dieba diam bagi memberi ruang sahabatnya itu berbicara.
“Rasa macam tak percaya. Rasa macam mimpi. Perkahwinan yang aku tunggu sejak 8 tahun yang lepas akan berlangsung dalam masa beberapa jam lagi. I couldn’t describe the happiness. It feels surreal...”
“Kau kena percaya dan yakin, Haura. Ini memang takdir kau. Walaupun pada awalnya aku agak menghalang kau kembali semula pada Haziq, tapi aku cuba yakinkan hati aku yang keputusan kau adalah yang terbaik. Aku cuba sokong kau, jadi aku nak kau pun kena kuat semangat dan percaya diri.”
“Kalau kau rasa kau tak mampu untuk jaga suami kau dalam keadaan tak sempurna tu, ingatkan balik diri kau, kenapa kau kahwin dengan dia?”
Puteri yang mendengar seolah-olah tidak percaya seorang Dieba mampu berkata-kata seperti ini. Dia mahu membahan, namun dia tahu masa sekarang adalah masa yang sangat tidak sesuai untuk dia bergurau. Lagipun, nasihat yang disampaikan Dieba tersebut ada betulnya.
“Tapi, kalau dia tak tahu menghargai pengorbanan kau, aku takkan teragak-agak untuk buat keadaan dia lebih teruk daripada sekarang!”
Teaser 1: Kalam Yang Dinanti