Rae Kyrell terpaku. Berkedip-kedip memandang Alya, sebelum sedar kembali kewujudannya di dunia nyata. Mujurlah saat itu dia sempat menyarung baju berwarna putih yang berlambang security guard . Dia hanya mampu berdehem dan mengambil bungkusan itu, sebelum Alya memberi senyuman manis dan berlalu pergi.
Beberapa detik selepas itu, Rae menggaru kepala.
“Dia… panggil aku pakcik?”
Belum sempat dia habis mempersoalkan takdir hidupnya, muncul pula Pakcik Rahman selaku ketua pengawal keselamatan yang sudah lama bertugas di situ.
“Pak Man,” Rae menyoal tanpa salam mukadimah, “Saya ni nampak tua sangat ke?”
Giliran lelaki tua itu pula terkebil-kebil.