CheastinahMolondoi

Hi..i'm back..done publish CHAPTER 01 for story cinta yang terluka.. jemput baca..

CheastinahMolondoi

Hi..lama tak update new bab for story Xavier's Mine and Alger Fitgerald..sorry..sy sibuk dengan kerja dan komitmen lain..sebelum tu sy mohon maaf sebab kedua2 story yg masih on going d wattpad terpaksa sy unpub untuk suatu tempoh masa yg sy sendiri x pasti.
          Sorry sebab sy sebenarnya lost idea untuk habiskan kedua2nya sekali.
          Namun sy akan gantikan story ini dengan story lain dalam masa terdekat itupun jika punya masa.
          Sorry sangat2..
          
          Love,
          E.RyanHana Chin

CheastinahMolondoi

"sampai bila kita harus begini Rell? sampai bila?"
          
          "Sampai ke penghujungnya. Aku tak pernah menjanjikan sinar bahagia untuk kita.Perkahwinan kita satu kesilapan."
          
          "And again?kau asyik putar balik bicara Rell. Bukan ini yang aku mahu. Please Rel..aku merayu. Lupakan dia.dia hanya masa lalu kau. Lihat aku Rell..aku masa depan kau bukan dia."
          
          "Tidak!!dalam hidup aku hanya dia yang aku mahu,yang aku cinta dan yang aku rindu. Bukan kau mahupun lelaki lain. Tak akan ada yang pernah bisa menggantikan kedudukan dia dalam hati ini."
          
          "Rell..."
          
          

CheastinahMolondoi

AKU YANG MENANTI
          
          
          
          Kala hati melagu rindu,
          Adakah rindu ini sampai padamu?
          Kala jiwa melaungkan kalimah cinta,
          Adakah cinta ini bisa kau rasa?
          
          Kasih..dalam ku menanti cinta darimu,
          Kau hadirkan seribu satu 
          luka dihati,
          Kasih..dalam ku menanti belai kasih darimu,
          Kau hadirkan sejuta rasa di hati.
          
          Tiada dayaku tika ini,
          Jiwa lelah menanggung rindu,
          Tiada sesaat pun kau hulur rindu,
          Biarku menanti dalam sepi.
          
          Kasih..saat ini aku lelah,
          Tak tahu apa yang harus ku lakukan,
          Adakah harus aku menanti?
          Atau haruskah aku berpatah arah?
          
          Tuhan.. tetapkan jiwa ini hanya untuk dia.
          Dalam ku menanti dia kembali,
          Hati ini utuh untuknya,
          Jiwa ini kekal melaungkan sebaris nama hanya miliknya.
          
          E.RyanHana Chin
          May 2023

CheastinahMolondoi

Terbit mentari di ufuk timur,
          Kicau burung melodi terindah dinihari,
          Kokok sang jantan petanda pagi menghampiri,
          Riuh sekampung mula terdengar.
          
          Indah hamparan langit luas terbentang,
          Nyaman udara setia menelusuri rongga nafasku,
          Ku syukuri nikmat Allah yang satu,
          Kerana bumiku masih terpelihara.
          
          Indah berkerlipan bintang rembulan,
          Menerangi alam luas nan terbentang,
          Ku manusia alpa seketika,
          Alam menghijau ku cemari jua.
          
          Langit nan biru indah dipandang,
          Sawah nan hijau luas terbentang,
          Kicau burung melodi terindah dinihari,
          Suasana desa menggamit kecintaan pada alam.
          
          Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,
          Sejuk terasa hingga ke tangkai hati,
          Dunia kini semakin rosak nilainya,
          Dek kerana rakusnya manusia.
          
          Gunung yang indah pada asalnya,
          Kini melakar sejuta luka,
          Rakus dan tamak sifat manusia,
          Gunung nan indah tergadai jua.
          
          Laut terbentang biru menggoda,
          Dilatari dengan pasir nan bersih,
          Pantai nan indah tarikan utama,
          Menjadi tumpuan kita semua.
          
          
          
          Coretan:
          E.RyanHana Chin (2023)
          
          Hasil coretan dalam keadaan mengantuk yang masih tersisa.. hehehe..
          Thank you @adriana_tonight.