Assalamualaikum...

Salam harmoni dan tulus ikhlas buat insan-insan pengkarya...

Tiada yang lebih baik dan terbaik selain daripada memiliki amanah, adab, akhlak dan kejujuran.

Selamat berusaha, berkreativiti dan berkarya.

Persahabatan itu indah andai dijaga dengan baik, tanpa dengki khianat, salah faham, laga-melaga dan tidak memulakan bahasa yang kasar dan kesat.

Apa yang kita tulis itulah yang sering mengguris dan menghiris. Jangan marah bila ada yang membalas.

Jangan suka bermuka-muka, adu domba, tikam-menikam sesama rakan kerana cemburu dan hasad dengki. Tetapi saling sokong menyokong agar perkongsian ilmu dapat bercambah dan bertambah.

Setiap penulis ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Kejayaan rakan-rakan sama-sama kita raikan jika kejayaan diri kita juga ingin diraikan. Hati baik rezeki pun elok.

Jadilah penulis yang semakin matang dan bijak menyerlahkan wibawa diri.

Good Luck semua!

Pencapaian Terkini 2018 ~

💎Dipilih sebagai Pemenang Fiesta April Wattpaders 2018 kategori Paranormal. Dua buah karya telah berjaya masuk ke peringkat akhir iaitu Fiksyen Sejarah dan Paranormal.

💎Finalist G2C Writing Challange 2018 (Zombie) ~ Novel Mini "Amukan Zombie and The Gang!" [5 Bab].

💎Pemenang Hadiah Penghargaan Sayembara Puisi/Cerpen DPMP/PKPP 2017 Kategori Cerpen "Jutawan Durian Belanda" anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang. Karya dimuatkan dalam Antologi Pemenang-Pemenang Sayembara Puisi/Cerpen DPMP/PKPP 2017 "Ladang Harapan."

💎Short List Wattys 2018

💎Pemenang Pertandingan Halloween Vault 2018 untuk Prompt Parti Topeng anjuran @Ambassadors My.

💎 Antologi Bersama Pelbagai Genre lebih 100 buah & 2 buah buku solo Kumpulan Sajak (Buku Fizikal).

💎 Penulis Rencana Sastera, Ulasan Buku serta karya-karya eceran akhbar & majalah arus perdana Malaysia.

💎Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori PUISI (Haiku).

Terima kasih & Penghargaan kepada :~ #AmbassadorsMy #WattpadMalaysia #Wattys 2018 #Wattys 2019
  • Malaysia
  • JoinedMarch 7, 2016


Last Message
CTNurza CTNurza Dec 03, 2022 05:33PM
Salam.Wah, dah lama saya tak masuk sini! Bertahun juga tak tulis buku dan karya baru di laman Oren ni. Malam ni baru sempat menjengah. Terima kasih Wattpad kerana meletakkan buku puisi haiku saya di...
View all Conversations

Story by CT Nurza
KUMPULAN PUISI GENRE HAIKU by CTNurza
KUMPULAN PUISI GENRE HAIKU
[COMPLETED #100+++] Puisi haiku berasal dari negara Jepun. Terikat kepada 17 suku kata sahaja dan mengikut po...
ranking #6 in jepun See all rankings