LeoraAdhira
"Dia tak pernah minta untuk jatuh hati. Tapi setiap kali lelaki itu menyebut sesuatu yang menyentuh jiwanya, hatinya semakin goyah..Dan dia tak tahu... dalam diam, lelaki itu sedang belajar tentang Tuhan yang dia cintai."
Sinopsis :
Cikgu Maya Irdina, seorang guru muda yang berdedikasi, menjadi kesayangan para pelajarnya kerana kelembutan dan ketegasannya. Lahir dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam, Maya dibesarkan dengan nilai-nilai yang menekankan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Baginya, mendidik anak bangsa adalah keutamaan, dan soal cinta bukan sesuatu yang dikejarnya.
Namun, segalanya berubah apabila dia mula mengenali Ethan Han Yuxuan, pemilik kafe Han's Brew & Bites, tempat kegemaran pelajar dan guru-guru selepas waktu sekolah. Ethan bukan sekadar lelaki Cina-Korea yang tampan dan kaya, tetapi juga seorang yang ceria, kelakar, dan mempunyai kehangatan yang sukar diabaikan. Sikapnya yang suka bergurau dengan Maya membuatkan mereka sering bertekak, tetapi dalam diam, Ethan mula tertarik dengan kelembutan dan keteguhan Maya dalam mendidik pelajarnya.
Di antara iman dan perasaan, batas dan kebebasan, keluarga dan impian, mampukah mereka mencari jalan untuk bersama tanpa mengorbankan prinsip masing-masing? Atau perbezaan mereka hanyalah takdir yang tak mampu mereka lawan?
"Secangkir Rindu di Han's Brew" membawa kisah cinta yang penuh warna-diiringi gelak tawa, air mata, dan pencarian makna sebenar tentang keikhlasan, pengorbanan, dan cinta yang berpaksikan Tuhan.
Karya :
●Leora Adhira●