Nape korang tak suka Fizz eh? Dan kenapa korang suka Izz? Ni untuk pminat IzzLeen.
Air mata ditangisi tiada gunanya lagi. Izz sudah memutuskan pertunangan mereka kerana Rose hadir kembali. Keluarganya sudah mendapat malu, dan ini salahnya kerana dia berdegil memilih Izz sebagai pasangan hidupnya.
Tapi, dia tahu Izz sayangkan dia. Izz tidak pernah hendak melihat dia derita. Walaupun dalam hubungan mereka, Izz memang dianggap kejam. Boleh ke dia berharap yang Izz akan betulkan semua ni?
"Apa Izz buat ni? Tetamu kita semua dah sampai, tunggu nak bertolak ke rumah Leen je. Kenapa tak siap lagi?" Nia memang cukup marah. Anak yang selama ini degil, payah mendengar katanya kini sudah melampau batas. Suaminya di luar melayan sanak saudara dan cuba mententeramkan semua.
"Izz tak pergi ma, I'm sorry." Panas hati Nia ketika ini. Seandainya Izz masih lagi kecil, ingin saja dipiat-piat sehingga berbirat.
"Sorry pada mama papa selesai apa-apa ke? Mintak maaf pada keluarga Darleena sana. Diorang tengah tunggu kita. Izz betul-betul dah malukan papa, mama dengan family Leen. Apa papa nak jawab kalau ada family kita tanya kenapa tak gerak lagi?" Menunduk saja Izz dimarahi mamanya.
"Assalamualaikum auntie." Datang wanita yang cukup dikenalinya di muka pintu biliknya. Nia dan Izz berpaling serentak.
"Biar saya tolong auntie pujuk Izz. I know how." Nia pada mulanya tidak percaya. Dia bukan saja tidak mengenali perempuan ini, malah dia yakin kata-kata ibu lagi berkesan dari kata-kata orang luar.
"Give us a moment ma, please." Melihat muka penat Izz, dia mengalah. Dia betul-betul berharap Izz mengubah fikirannya. Darleena tidak bersalah dalam hal ini.
"5 minutes. Mama call abang kejap." Izz mengangguk.
"Apa dia Rose?" Tanya dia sebaik saja mamanya beredar.
"You can't do this. Keluarga you akan dapat malu. Dan juga keluarga Darleena. I terlibat ke dalam hal ni?" Izz mengeleng.
"Tak, ni bukan, takde kaitan dengan you. Ni cuma I. I tak yakin boleh galas tanggungjawab as a husband. Kalau you tahu macam I masa I dengan Darleena tunang, you pun akan fikir sama ada nak terus atau tak."
"I know. You selalu jealous kan? You agak kongkong life Darleena?" Izz tidak faham macam mana Rose mengerti.
"Kita pernah couple kan? Walaupun sekejap, I tahu perangai you macam mana. Tapi, sebabkan perangai you tu, ada ke Darleena kata dia nak putus?" Izz mengeleng.
"So? Dia okay dengan you, dia faham you buat semua tu bersebab. So sekarang ni go on je. You cintakan Darleena kan?" Izz lambat-lambat mengangguk.
"Prove it. Pergi, jangan malukan dia dengan family dia. Jangan malukan family you." Izz akhirnya sedar tentang kesilapannya. Dia berterima kasih lalu beredar bersama Rose dan keluarganya ke rumah Darleena.
Wawa menggosok belakang Darleena yang teresak menangis. Darleena dengan baju pengantinnya masih menunggu kedatangan Izz, takut lelaki itu berubah fikiran. Walaupun dia menafikan. Izz jarang mengubah keputusannya sepanjang yang dia kenal.
"Darling.... Izz datang." Mamanya yang menyergah dan memberitahu berita itu ibarat satu tamparan kepada Darleena. Tamparan yang membantu melegakan dia.
"A.. Aku, mekap aku. Dah cair, maigod, mata aku bengkak tak? Merah tak?" Dengan suara tangisan yang bersisa dia bertanya Wawa.
"Duduk, aku baiki kejap." Tapi Darleena menyelak langsir cantik bilik pengantinnya dan tersengih lebar bila betul ada rombongan pengantin lelaki di luar perkarangan rumahnya kini.
"Darling, cepat! Izz dah tunggu tu." Dia bergegas duduk supaya Wawa dapat membaiki mekapnya. Cuma Wawa yang boleh membantunya kini kerana mak andam terpaksa balik segera kerana ada event di tempat lain pula.
"Cepat kak, cepat." Sepupunya yang kecik semua teruja bila rombongan pengantin lelaki sampai. Akhirnya senyum bahagia timbul juga di wajah Darleena hari itu.
Sampai di ruang tamu rumah, senyumnya pudar sedikit apabila melihat kedatangan Rose di belah pengantin lelaki. Tapi dia malah tidak menghiraukan perempuan itu. Yang penting Izz datang hari ini.
Sepanjang majlis akad nikah sehingga ke berkahwin, Darleena tersenyum manis dan selalu merenung wajah Izz membuatkan lelaki itu berpaling melihatnya.
"Tengok kamera tu, orang nak ambik gambar macam mana kalau awak asyik tengok saya je?" Darleena tersenyum dan mengeleng.
"Saya happy tengok awak kat sini. Thank you." Segala rasa marah yang bersisa tadi hilang dan diganti dengan rasa gembira, seperti seorang pengantin baru.
Sehinggalah semua family Izz balik dan Izz masuk ke biliknya magrib itu, dia masih lagi merenung Izz membuatkan suaminya membalas senyumannya walaupun sedikit.
Izz menarik tangan isterinya ke katil dan duduk di situ lalu diusap pipi Darleena lembut."Sorry saya hampakan awak semalam. Saya sendiri pun tak tahu macam mana boleh terniat nak batalkan semua ni." Tapi Darleena seperti orang angau. Asyik tersenyum melihat Izz.
"Dengar tak?" Izz bertanya dan mencubit pipi Darleena.
"Dengar. Saya cuma rasa sayang tu bertambah berkali ganda sebab awak kat sini. Sebab awak datang. Terima kasih." Ayat Darleena itu berjaya membuatkan Izz serba salah.
"Sorry. Tapi awak kena ucapkan terima kasih pada Rose. Dia yang datang nasihatkan saya supaya teruskan semua ni." Wajah Darleena bertukar hambar. Dia yakin sedikit sebanyak Rose terlibat dengan keputusan Izz semalam.
"Ling?" Darleena kembali tersenyum melihat Izz yang agak risau.
"Isokay la, benda dah jadi. Yang penting sekarang, awak selamat jadi suami saya. My crush my husband." Katanya dengan sengihan. Izz membelai rambutnya dan mengeleng.
"Suka sangat ke?"
"Suka la. Gila tak suka. Perempuan lain tak dapat Izz Eiman. Saya sorang je ada. Minat sejak first time jumpa lagi, umur 15. Masa event kat rumah mama, malam tu."
"Waaah, kalau orang lain dengar ni, awak dah dicop stalker saya tau." Tapi Darleena.
"Saya pernah cakap kan. Kalau stalker awak, saya senang hati terima panggilan tu." Seterusnya Darleena membuka baju pengantin Izz dan suaminya itu menghentikan pergerakan tangannya. Mereka membalas pandangan.
"Saya tahu awak peminat saya, tapi tak payah la rushing-rushing. Lagipun sekarang ni magrib, waktu solat sekejap. Mana sempat. Apa pulak kata mama dengan family awak kalau kita lama-lama kat bilik, malam pun baru nak mula."
Muka Izz yang agak serius itu mengundang ketawa pada Darleena.
"Sayang, jangan nak gatal sangat boleh tak? Awak ingat saya tak tahu ke sekarang ni waktu magrib? Lepas tu apa? Tak payah rushing-rushing? Awak ingat saya nak buat apa? Nak terkam awak sebaik saja kita berdua?" Izz tersenyum sinis dan mengangguk.
"Omaigad, perasan tak habis-habis dia ni. Saya nak tanggalkan baju pengantin awak ni, selesa ke nak ambik air semayang pakai macam tu? Nak solat apa. Nak awak tukar baju la cik abang. Lagipun, kalau kita start awal-awal...." Izz menelan air liur melihat Darleena yang merapatkan jarak mereka.