02 : Bye, Khasyaf

647 31 13
                                    

EMMA melambaikan tangannya ke arah Khasyaf. Biarpun café tempat mereka bertemu sedikit padat, dia masih dapat mengecam wajah sedap dipandang lelaki itu. Senyuman lebarnya menghiasi wajahnya sebaik sahaja Khasyaf melihatnya. Dan senyumannya tak padam, malah mengiringi langkah gagah Khasyaf yang menuju ke arahnya.

"Sorry, saya lambat."

"Taklah. Awak sampai ikut waktu." Emma mempersilakan Khasyaf duduk sebelum menggesa lelaki itu untuk memesan makanan dan minuman.

"Saya kenyang lagi. Tadi saya dengan Marsha bila awak call."

Mendengar nama Marsha, kening Emma naik sebelah.

"Marsha buat apa kali ni sampai mood awak teruk?"

Khasyaf mengeluh. Dia meraup mukanya.

"Come on, kita kawan. Tak ada apa yang patut dirahsiakan."

Khasyaf memandang Emma sejenak. Setelah itu dia menyeluk saku seluarnya. Sebentuk cincin berlian diletakkan di atas meja untuk tatapan Emma.

"Cincin apa ni?"

"Cincin tunang saya dengan Marsha."

"Oh, saya ingatkan awak dah tinggalkan Marsha dan kemudian melamar saya."

Hilang semua aura negatif Khasyaf. Dia mengekek ketawa. Emma memang pandai membuatnya lupa tentang masalah. Emma selalu menghiburkan hatinya.

"Putus dua kepala saya kalau saya buat macam tu."

"Saya tahu. Awak takutkan Marsha."

"Hey, stop that. Saya bukan takutkan Marsha, tapi saya hormat dia sebagai tunang saya."

"Faham. So, apa cerita? Kenapa cincin tunang ni boleh ada dekat awak?"

"Marsha tanggalkan. Dia beri saya kata dua."

"Apa kata dua tu?" Emma menayang susunan giginya yang cantik teratur.

"Putuskan hubungan kawan kita atau putus tunang dengan dia."

Emma menyandarkan tubuhnya. Dia nampak tidak terkejut dengan fiasco yang ditimbulkan oleh Marsha.

"Awak tak terkejut."

"Sebab saya dah dapat duga, satu hari nanti, awak akan dapat kata dua tu. Nampaknya satu hari tu dah sampai. Awak dah pun dapat kata dua tu. Congratulations, Khasyaf! Saya tumpeng bersedih untuk awak."

Giliran Khasyaf pula yang menyandarkan tubuhnya. Dia menarik nafas panjang. Selepas itu, dia mengeluh. Panjang keluhannya.

"What you're going to do? Ignore her or..."

"Entahlah, Emma..." potong Khasyaf dengan ayat tergantung.

"Awak kawan baik saya dan Marsha tunang saya. Dua-dua pun saya sayang."

"Tapi awak lebih sayangkan Marsha. Kalau tak, awak takkan sarung cincin pada jari manis dia dan biarkan jari manis saya kosong."

Sorotan Khasyaf bertukar tajam.

"Awak lupa atau buat-buat lupa? Awak yang tolak cinta saya dulu."

Emma menayang lagi giginya yang cantik. Dia suka dengan cara Khasyaf menentangnya.

"Masa tu awak selekeh sangat, Khasyaf. Kalau saya tahu awak akan handsome macam sekarang, saya takkan tolak cinta awak. Agaknya kalau kita bercinta dulu, mesti sekarang kita dah berkahwin. Mungkin awak dengan saya ada anak. Agaknya mereka ikut muka siapa?"

"Stop it, Emma. Kalau Marsha dengar apa awak cakap..."

"Saya tahu. Dia akan tembak saya sampai mati," jawab Emma sebelum Khasyaf sempat menoktahkan ayatnya.

e-Book KHASYAF | Best SellerHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin