MENULIS BABAK SEKS

427 5 0
                                    


TIDAK DAPAT LARI (sekiranya kamu berkisah tentang hubungan manusia secara realistik)

Seks adalah perilaku manusia. JANGAN PURA PURA alim bermoral atau terus melabelkan babak seks sebagai lucah/kotor.

Ada waktunya babak intim perlu demi menjelaskan lagi jalan cerita. INGAT, kita bukan bercakap dalam konteks buku lucah kotor yang rancak beredar di zaman 60an atau 70an. Buku buku murahan yang berkisah terus tentang hubungan badaniah tidak kemana selain dari nafsu nafsi semata mata. Bukan main lagi penulis yang selalunya menggunakan nama samaran untuk mengaut untung dari pembaca yang berkemahuan membelai ghairah, dibaca sorok sorok, dibeli juga secara tersorok. Generasi sekarang jauh lebih terbuka, tidak berminat pada khayalan tersebut, teknologi sudah mempermudahkan giat tersebut. Jika masih ada sekalipun mungkin hanya untuk menjamu rasa teruja (kemudian bosan dengan paten penceritaan yang sama).

Negara ini ada waktunya sensitif tidak bertempat. Bukan tugas saya untuk berceramah tentang hal hal tersebut.

Penulis yang baik dan bertanggungjawab tahu kedudukan mereka. 

Tergantung pada kisah yang mahu dipaparkan melalui daya kreatif yang mampu membuatkan pembaca terbayang. Berbalik pada hal awal tadi, terdapat beberapa komentar bahawa buku buku indie berbaur seks. (Saya belum bertemu sebenarnya). Penulis penulis buku romantik kerap berpesan sesama mereka supaya tidak melakar kisah kisah yang meruntuh moral. (buku cinta romantik kakak kakak pun tidak saya baca sebelum ini, kerana terlalu tebal dan bersinopsis tidak menarik). Bukan main lagi manusia (bagaikan badan penapis - entah pernah baca atau tidak) di sekeliling seolah olah mahu mengawal. Penulis yang baik tahu di mana dan bila mahu memaparkan babak babak bilik tidur, lagak gerak perogol dan gambaran gambaran penting bila melibatkan hubungan badaniah (rujuk pada buku Amsterdam).

Pernah terbaca reviu dari pembaca perempuan muda yang kononnya bermoral, bahawa dia terpaksa memberikan bintang yang sedikit hanya kerana adanya babak seks  dalam sesetengah buku. Dia lupa, bahawa manusia dewasa punya daya seks dan rasa tertarik,  perilaku, menjurus pada hakiman halal atau haram orang di sekeliling akibat konstruk budaya setempat. Penulis yang matang tahu bagaimana melakar situasi tersebut tanpa membuatkan pembaca muntah hijau. 

Kata kata adalah senjata, kita semua sudah maklum. Maka dibahagikan pula buku dewasa, 18SX atau PG. Penceritaan yang baik selalunya peka mengelak babak seks sekiranya perlu dan tanpa gambaran grafik melulu.

Bolehkah pembaca terpengaruh pada bentangan babak seks? Saya tidak tahu, ia terpulang pada tahap nympho individu. Semua terpulang otak sendiri samada terbuka, kotor atau nakal. Manusialah katakan...

Berikut adalah contoh babak seks yang subtle tetapi perlu:

1. Malu malu Rogayah tertunduk. Dadanya berdebar, dia selama ini tidak pernah berkongsi kamar dengan mana mana lelaki. Ramzan faham perasaan isteri yang baru dinikahinya, lampu sengaja dimalapkan. Dalam hati dia berjanji akan melayari malam pertama ini dengan penuh tanggungjawab. Berjalan menghampiri Rogayah yang diam tidak keruan, diusapnya jari jemari lembut merah berinai, ditenungnya wajah sang isteri dan memberikannya ciuman lembut. Mereka berpelukan sambil Ramzan berbisik perlahan, "abang akan selalu menyintaimu". Malam  indah itu berlangsung dengan penuh kenikmatan.

2. Wang sudah bertukar tangan. Lucy tahu benar sifat anak anak muda yang sering datang ke rumah bahagia Tong Lok. Datanglah 10 orang sekalipun, kalau yang kali pertama boleh nampak air muka mereka yang bagaikan anak kecil ketakutan. "Gantung seluar baju di situ," lembut arahan Lucy yang sudah separuh bogel. Azman yang menginjak 18 tahun bagaikan lelaki yang tidak keruan, sesekali dia terbau tengek minyak wangi murah yang datang dari tubuh Lucy. Memudahkan cara Lucy menarik langsir biar cahaya siang tidak masuk, di dalam kegelapan dan Azman yang masih berdiri, Lucy sudah laju menjalankan tugas dengan bibirnya yang cekap. Tanpa disedari Azman bagaikan menjerit kenikmatan. 

"Sama saja orang jantan ni... tak pernah berubah, gagal sebelum bertarung!" Lucy  mendengus dalam hati.

3. Dengan tangan yang terikat Farah tidak mampu untuk melakukan apa apa. Penatnya apabila mulut dilekatkan dengan pelekap getah dua tiga lapis, mahu menjerit tidak boleh, dicuba juga dada akan merasa sakit ditekan angin. Lelaki bertopeng bagaikan naik tok syeh. Mata Farah liar melihat ukiran tatu harimau bertaring di bahu kanan, "macam pernah dilihat, tapi di mana?" Tank top getah hitamnya direntap kasar, bahagian dadanya terburai, dibelai pula oleh tangan kasar si topeng. Dia cuba sedaya upaya mengelak, mustahil kerana kakinya kejap terikat kemas. Seluar getah Adidas ditarik melorot ke bawah, penuh nafsu topeng ditarik namun wajah lelaki tersebut masih belum kelihatan kerana wajah dan lidahnya masih lagi bagaikan orang kemaruk tidak makan 10 hari bermain main di bahagian V Farah. Geli dan benci beraduk, kalau mampu, lelaki ini akan ditikam hidup hidup. Topeng dibetulkan, posisi badan berubah, kali ini Farah tahu dia akan dikerjakan. Matanya yang basah dengan tangisan dipejamkan rapat, kekasaran lelaki tersebut yang terhenjut henjut tanpa belas membuatkan segalanya jadi gelap. Farah mungkin pengsan.

4. Linda tahu inilah ketikanya peluang jadi terbuka. Hujan dan ribut kuat, tidak memungkinkan Henry pulang. Mana mungkin dia boleh naik motosikal malam malam ribut begini? Perangkapnya mudah, sarankan tidur di bilik tamu. Tentu Henry tidak mampu menolak atau syak kerana nenek dan atok sudah tidur di bilik bawah. Ribut dan hujan masih lagi berterusan seolah olah bersekongkol dengan dirinya. Tepat sejam, dengan baju tidur sutera yang mudah untuk dilorot, Linda menyelinap ke bilik tamu, Henry yang hanya berseluar katak tertidur keletihan. Terkejut akan kehadiran Linda, matanya berpisat pisat... 

"Jangan takut, ni I lah..., I takut tidur sendirian," suara manjanya dibuat buat

"Tolong jangan macam ni Linda..., please I respect you sebagai kakak I"

Linda sengaja menolak tali baju tidur sutera, yang tinggal hanyalah dirinya tanpa seurat benang. Henry yang bagaikan orang mamai menelan air liur berkali kali... sambil cuba mencapai seluar jeans di tepi katil, tangan Linda cepat menyambar. Mereka bersentuhan.

"You jangan buat hal... kalau tak I menjerit kata you cabul I," ada senyuman dan ketawa kecil mengiringi ugutan.

Esoknya Linda merasa puas sewaktu menghantar Henry di muka pintu, dia akan terus berusaha untuk lelaki yang satu ini. Kalau perlu akan diceritakan pada semua bahawa Henry sudah berkali kali menidurinya. Dia senyum sumbing mendengar deruman motosikal Henry bagaikan orang marah sewaktu menutup pintu. 

4 contoh di atas mungkin akan TETAP menjadi persoalan pembaca dan penulis yang mahu masuk dalam kategori penulisan Islamik atau bermoral. Atas dasar itu label PEMBACA MATANG sangatlah relevan.

KESIMPULANNYA

Antagonis, Protagonis atau watak watak sisipan, akan melalui babak ini, terpulanglah pada penulis bagaimana mereka mahu menggarapnya. Seperti yang dikatakan tadi, kamu bukan penulis buku lucah atau porno. Perogol yang terjelir jelir lidah, rakus, perempuan gatal yang diasak nafsu, manusia suka mencarut, pasangan yang ditangkap basah dan posisi mereka adalah pengindah fiksyen. Deskripsi tentang hubungan badaniah yang berlaku secara rela, paksa, atau akibat urutan nafsu itu haruslah ditulis dengan bertanggungjawab. Tanggungjawab bagaimana? Begini, adakah ia perlu, bolehkah ia mencacatkan jalan cerita? Kalau dibuang mampukan kisah kamu berdiri tanpa hal hal sensitif tersebut? Tepuk dada tanya selera.

Tidaklah perlu diceritakan hal hal genetalia yang keras atau berair, itu adalah penerangan fiksyen porno. Sentuh hal hal kondom atau ubat pencegah hamil atau apa apa yang moden terkait. Biar pembaca kamu paling tidak mendapat sedikit ilmu. Boleh juga digambarkan kerakusan manusia dan sakit sakit STI atau Hiv dalam penceritaan sekiranya relevan. Kamu bukan penulis buku lucah! Kalau kamu teringin sangat mahu menjual nilai moral murni tulislah buku buku yang bermaruah, tapi kena tulis juga babak tersebut bukan?

Kamu berdua seharusnya dewasa, Penulis dan Pembaca. Buku buku matang atau dewasa tidaklah bermakna ia lucah kotor semata mata, buku matang menuntut lebih dari hal tersebut. Kepekaan pada polisi polisi hidup orang lain, bangsa lain, amalan agama orang lain yang dibaca dengan hati dan dada yang lapang.

Selamat menulis... 

Nota: apa kata kalau gatal sangat tulis buku lucah dan dijual secara gelap? hahahhahhhaa

INDEPENDENTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang