Qayrin tersenyum kearah Emma , pemilik Butik ini. Sudah banyak baju yang dibelinya di sini. Guess what?
Darren yang membayar kesemua baju yang dibeli oleh Qayrin. Gentle kan?
Maybe?Selepas selesai membeli pakaian baru , mereka berdua bergerak ke deretan restoran yang mewah untuk menjamu selera. Sudah pasti perut masing - masing telah berbunyi.
Jadi mereka memutuskan untuk makan di Mall sahaja." Kau? Happy? Tinggal dengan aku? " Soal Darren tiba - tiba. Qayrin yang mendengar mengerutkan dahinya. Apa dia salah dengar? Atau dia yang pekak?
Pertama kali Darren menanyakan soalan itu seletelah 3 bulan dia tinggal bersama keluarga besarnya itu. Qayrin memandang tepat kearah anak mata coklat cair milik Darren.
" Why you looking at me like that? " Balas Darren membalas renungan Qayrin. Qayrin mengalah. Dia mudah kalah dengan renungan tajam bak pedang milik Darren. Walaupun tajam tapi memikat hati. Cehh!!
" Nope. Cuma terkejut. Ye lah. Dah 3 Bulan , saya tinggal dengan keluarga awak , sekarang baru nak tanya!? Anyway saya happy je tinggal dengan awak. Mereka semua sporting and fun. Kenapa tanya? " Jawab Qayrin. Nasi didalam pinggan dicedok dan dimasukkan kedalam mulut.
" Nothing. Aku saja je nak tanya kau."
Qayrin mengangguk dan meneruskan suapan makanan di dalam mulut. Mereka berdua membuat hal sendiri.
" So after this , kau ada nak pergi mana - mana ke? " Soal Darren selepas mereka siap makan. Qayrin yang sedang minum air menggelengkan kepala.
" Good! Let's go. Aku nak bawa kau pergi satu tempat. Jom! " Selepas berkata begitu , Darren terus menarik lengan baju milik Qayrin untuk mengekorinya.
" Eh..ehh..Tak payah la tarik.." Marah Qayrin. Gila! Tak marah. Orang sedap - sedap tengah minum air , ditarikya. Nasib baik tak tumpah.
Darren hanya beriak biasa. Memang lelaki ini BDTB betul lah!!••••
Darren memarkingkan kereta Audinya di bawah satu pokok yang rendang dan redup. Pandangan dilemparkan kearah sebelah kiri. Terlihat Qayrin sedang tidur lena di sisinya.
Dia menguntumkan senyuman manis. Baginya , Perempuan yang bernama Qayrin Elisya mempunyai sesuatu yang istimewa. Dia senang dapat mengenali gadis itu.
" Heyy..Wake up! " Darren mengejutkan Qayrin dengan menggoyangkan sedikit bahunya. Qayrin yang merasakan tidur lenanya diganggu terpisat - pisat bangun.
" Kita dekat mana? " Soalan pertama yang keluar dari mulut Qayrin. Pandangan diliarkan ke sekeliling.
" Kau rasa? "
" Pantai! "
Kepok!
Kepala Qayrin diluku oleh Darren.
" Aduhh! Apsal awak luku kepala saya? Saya bukan ada buat salah pun." Adu Qayrin sambil menggosok - gosok tempat - tempat yang sakit. Huh! Boleh Beng-ong aku dibuatnya.
" Dah kalau kau tahu ni pantai , kenapa kau tanya? Tu kan dah dapat hadiah Free. Padan Muka! " Balas Darren sambil membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
Qayrin mencebik.
Dia juga turut keluar dari kereta itu dan berjalan. Kadang - kadang dia bermain - main sedikit dengan pasir di kaki.

YOU ARE READING
My Love Encik Mafia [C]
Romance"He's not perfect, but he's all I want." Adam Darren X Qayrin Elisya ⚠️ Belum Edit ⚠️ Ayat tunggang langgang ⚠️ Typo everywhere ⚠️ Cringe ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__