Ok guys...akhirnya dah sampai penghujungnya. Terima kasih sangat-sangat dengan yang setia baca cerita Isteri Tanpa Cinta ni. Tq sebab vote dan komen. Saya seronok baca komen korang. Lastly, tq sebab tak henti support cerita ni.
Satu tahun kemudian...
Bunyi bayi merengek mengejutkan Zarriq dari tidur. Alhamdulillah, dia dan Ain berjaya mendapat seorang bayi perempuan yang comel, seiras Ain. Zarriq mengangkat anak yang dinamakan Nur Shayla Nabilah dari katilnya.
"Shu, shu....jangan nangis sayang. Papa ada ni." Ingatannya kembali kepada isteri tercinta. Andainya Ain masih ada ketika ini, pasti dia gembira melihat puteri mereka. Serta-merta air matanya bergenang di pelupuk mata. Tiba-tiba ada tangan yang menjalar di belakang Zarriq.
"Abang, please jangan nak drama sangat. Shayla cuma nangis kadang-kadang je. Tupun Ain yang bangun buatkan susu untuk dia." Zarriq meletakkan Shayla kembali ke katilnya dan memeluk Ain.
"Sayang pergi mana? Risau abang." Ain tersenyum melihat suaminya yang terlebih manja.
"Ain pergi buat susu la bang, mana lagi. Abang ni kenapa manja sangat? Susah la Ain macam ni nak layan Shayla lagi, abang lagi." Zarriq merungkaikan pelukan dan memaksa Ain menghadap dia.
"Taklah, sayang tu. Sejak ada Shayla ni, sayang dah tak pedulikan abang. Sayang lebih banyak habiskan masa dengan Shayla daripada abang." Ain mencubit pipi Zarriq geram.
"Abang ni cooooommmmeeellll la, hish geram Ain. Abang yang bizi sangat kat office. Ain nak kawan dengan siapa lagi kalau bukan Shayla." Ain terbayang semula kejadian beberapa bulan lalu.
Imbas kembali...
"No, abang tak izinkan sayang keluar bekerja. Abang masih boleh beri nafkah yang cukup pada Ain dengan Shayla, malah lebih lagi." Ain mencekak pinggangnya. Ketika ini, Shayla ditinggalkan bersama neneknya di bawah sementara dia dan Zarriq masuk ke bilik untuk berbincang.
"Sebab tu je? Abang yakin takde sebab lain di sebaliknya?" Ain menduga suaminya yang kelihatan resah ketika ini.
"Kenapa sayang berkeras sangat nak kerja? Sayang nak duit lebih ke? Itsokay, abang boleh bagi. Ke... sayang nak jumpa somebody?" Ain mengalirkan air matanya. Zarriq merapatkan diri untuk memeluk Ain tapi Ain menjauhkan dirinya.
"How could you. Ain ingat lepas kita ada Shayla, hal ni dah stop. Abang mintak Ain percayakan abang, tapi abang tak boleh percayakan Ain?" Zarriq mencuba sekali lagi dan kali ini Ain membenarkan Zarriq memeluknya.
"Sori sayang, sori sangat-sangat. Abang tak maksudkan apa-apa di sebalik ayat tadi. Cuma abang takut kalau sayang keluar bekerja akan ada orang lain ynag suka sayang. Lepas tu sayang akan suka dia jugak, lepas tu sayang akan lupakan abang dengan Shayla, lepas tu.." Ain memegang kedua pipi Zarriq menghalangnya bercerita lepas tu.
"Jauhnya abang fikir. Ain akan setia dengan abang, whatever happened. Shayla pun sama." Zarriq mengelap air mata Ain.
"Sori sayang, tapi abang harapkan Ain akan jadi suri rumah macam mama. Stay dengan anak-anak kita. Didik diorang walaupun abang sibuk. Abang nak tengok muka sayang setiap kali abang balik kerja." Terdiam Ain mendengar harapan suaminya.
"O...ok fine. Tapi, abang at least kena bagi Ain buat something. Ain cepat bosan kalau duduk saja-saja." Gembira tidak terkata Zarriq. Dia mencium dahi Ain lembut.
"Sayang nak buat apa?" Dia masih lagi memaut bahu Ain di sisi.
"Maybe, start an online selling. Gunakan my baking skills to make some....cookies." Ain memandang Zarriq mengharap.
"That would be perfect." Zarriq sekali lagi mencium dahi Ain.
"Sayang, sayang? Dengar tak apa yang abang cakap ni?" Lamunan Ain kembali ke masa hadapan di mana Shayla yang tadi menangis terlelap setelah disuaman susu oleh suaminya.
"Apa dia bang?" Zarriq mengusap rambut panjang Ain.
"Jomlah tidur. Ain penat sangat kut ni. Jom, rehat dulu." Ain mengikut saja suaminya yang membawa dia ke katil. Ain menyandar sedikit pada dada Zarriq sementara tangan Zarriq melapik kepalanya.
Ting-tong! Ain terhenti menyuap Shayla bila loceng pintu kedengaran. Dia dan Zarriq sama-sama memandang siapa yang menjenguk mereka di pagi hujung minggu sebegini.
"Abang buka pintu, Ain pergi pakai tudung." Ain mengangguk saja meninggalkan Shayla di meja makan. Seketika kemudian, kedengaran suara Lisa mengagah Shayla. Tangannya hendak mencabut kembali tudung tapi tidak jadi kerana mengesan kehadiran Zul. Serentak, dia dan Zul bertentangan mata satu sama lain. Tapi tidak lama kerana dia segera menundukkan pandangan apabila perasan suaminya merenungnya dari meja makan.
"Zul...Zul ikut Lisa datang sini ke?" Lisa melihat Ain yang baru saja keluar dari bilik. Dia meletakkan kembali Shayla di kerusinya dan dia pula mengambil alih tugas Ain menyuap Shayla.
"Lupa aku nak beritahu kau.... Aku dengan Zul....kitorang nak kawin." Tersedak Ain ketika dia menghirup air di dalam cawan.
"Wow....cepatnya. And kau tak beritahu aku pun." Ada sedikit nada kesal di dalam suara Ain. Zarriq dan Zul pula hanya melihat Ain dan Lisa bercakap.
"Aku tak nak cakap dengan kau sebab aku takut. Aku takut kau ingat aku rampas...ex-boyfriend kau." Lisa memandang Zarriq takut-takut apabila perkataan itu disebut. Sudah diagak, Zarriq mengangkat sedikit keningnya melihat Ain. Keadaan sunyi tiba-tiba itu hilang apabila Ain ketawa terbahak-bahak. Mereka bertiga memandang Ain pelik.
"What? Why should i? Kau ni lawak la Lis. Aku dah ada suami yang paling aku cinta, dah ada anak paling cute pun. Takde sebab kenapa aku nak marah kau pulak. Lagipun, aku dengan Zul, tak pernah ada pape pun. Kan, Zul?" Zul mengangguk kepada Lisa dan Zarriq sambil mukanya tersenyum.
"Ok lah kalau macam tu. By the way, selain daripada nak jenguk anak comel aku ni, kitorang datang nak edarkan kad undangan. Kau orang penting hari tu. So, make sure datang tau." Lisa melihat Ain sebelum menyuap lagi makanan kepada Shayla.
"Of course la, majlis kau kan, gila tak datang. Mesti vouge gila." Mereka tertawa bersama. Setelah berbual beberapa lama kemudian, Zul dan Lisa meminta diri untuk ke rumah lain pula.
"Zul, I hope that u will treasure her well. Zul tahukan sejauh mana sayang Ain pada Lisa." Zul mengangguk lalu tersenyum.
"Of course la. Kita tiga orangkan rapat dulu. So, Zul tahu macam mana Ain appreciate sangat bila ada Lisa. Dont worry k." Sesudah menutup pintu, Ain kembali ke meja makan dan melihat Zarriq berada di sinki bagi membasuh mulut Shayla yang comel. Sesudah itu, Zarriq meletakkan Shayla di ruang tamu dan kembali ke sinki untuk membasuh pinggan. Ain datang dari belakang dan memeluk Zarriq.
"Abang ok?" Dia perasan Zarriq hanya diam dan tidak menghiraukan dia.
"Ok je, kenapa?" Zarriq masih leka membasuh pinggan.
"Abang senyap je mostly masa diorang datang. Abang marah ke?" Zarriq berpaling bagi memudahkan mereka menatap satu sama lain.
"Tak, sekarang ni abang nak tanya Ain ok ke? Sebab...Lisa nak kawin dengan... dia?" Ain memegang pipi Zarriq dan mengusapnya.
"Abang, tadikan Ain dah cakap. Ain ok sebab antara Zul dengan Ain tak pernah ada apa-apa. And Ain sangat-sangat bahagia dengan Lisa. Akhirnya tiba masa dia kawin." Zarriq memeluk Ain erat.
"I love u, wifey. Till jannah." Ain ketawa mendengar ungkapan itu.
"I love you too, husband, also till jannah." Mereka menatap lama. Sebelum perkara lebih intim terjadi, mereka diganggu dengan bunyi suara Shayla yang seolah-olah memanggil mereka. Zarriq mengeluh sedikit dan Ain ketawa melihat reaksi suaminya.
"See, your daughter selalu ganggu kita masa keadaan kritikal." Ain mengusap lagi sekali pipi Zarriq.
"Tu sebab papa dia naughty sangat. Lepas tu, dia membebellah sebab tinggal dia sorang-sorang lama sangat." Belum sempat Zarriq pergi ke ruang tamu Ain menarik mukanya dan mengucup bibir Zarriq pantas sebelum berlalu meninggalkan Zarriq bersendirian di dapur. Zarriq tersenyum dengan kenakalan Ain. Dia berasa bersyukur diberi keluarga ini yang sentiasa ada bersamanya....
Itulah endingnya. Tq for all sebab berjaya habiskan cerita ini. Sampai jumpa lagi di lain cerita. Bye...

YOU ARE READING
Isteri Tanpa Cinta (Complete)
RomanceAin Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan y...