Namun tiba-tiba, sebaik aku membuka pintu, pintu tersebut kembali terhempas dengan satu tolakan yang kuat.
Dan sekelip mata tubuh sasanya sudah berada di hadapanku.
Kami berpandangan. Dia dengan riak penuh sinis dan aku dengan wajah tergamam dengan apa yang berlaku.
"Ada I kata you boleh balik?"
Aku terpaku. Terdiam mendengar soalannya. 'Yang mana satu sebenarnya? '
"I nak balik."
"Siapa kata you boleh balik?!" Suaranya menengking tinggi dan serentak itu Haikal mula menolak dan menghimpit aku rapat ke pintu.
Aku terpinga-pinga dan pada waktu yang sama aku gerun dengan tingkahnya. Sekali lagi air mata aku menitis.
"Carl ple...please ja..jangan buat I macam ni. I nak balik." Aku tidak kisah jika aku dimarahi tetapi aku takut jika aku diapa-apakan. Haikal di hadapan aku sekarang bukan Haikal yang aku kenal selama ini. Aku tahu Haikal mampu melakukan apa sahaja untuk kembali menyakitkan hati aku.
"Kenapa Kay?" Suara Haikal separuh berbisik. Tangannya naik mengusap air mata di pipiku.
Aku kaget dengan perlakuannya. 'Apa maksud Haikal dengan kenapa?'
"Carl please jangan macam ni. You takutkan I." Aku kembali teresak. Sungguh aku takut dengan Haikal. Tangan aku menolak dada Haikal yang terlalu hampir menghimpit aku.
"Shhh jangan pergi. Maafkan I Kay. I tetap perlukan you walaupun you tak dapat nak balas cinta I. I can't life without you darl." Haikal bersuara perlahan dekat dengan telinga aku.
Mendengarkan kata-kata Haikal, tangan aku yang tadinya menolak Haikal bertukar kepada memukul. Dadanya aku pukul berkali-kali sehingga akhirnya aku lelah sendiri. Sisa esakkan aku masih kedengaran.
"Shh sudahlah tu. I'm sorry for yelling at you dear." Pujuknya lagi. Haikal menarik aku ke dalam pelukan. Dipeluknya aku erat.
"You jahat Carl. Sampai hati you buat I tertunggu-tunggu selama ni. Dua minggu tau I tunggu you call I, reply ws I tapi you diamkan sahaja. You memang saja nak buat I bencikan you ke."
"Aah. Betul la tu."
Pap! Kuat dadanya aku tampar hingga Haikal mengaduh kesakitan. Pelukannya aku renggangkan.
"Adoii sakit la dada I darl. Nak I mati cepat ke.."
"Tau pun main-main lagi. Lain kali memang I tikam you je biar tak bernyawa terus."
"Nak tikam I? Hmm I tak rasa pisau tu boleh tembus dada kekar I ni. I bukan nak you bencikan I tapi I nak you rindukan I. And of course I want you to love me back. Tapi it's okay, you dah confess tadi I cukup berpuas hati." Haikal senyum lebar. Senyum mengusik.
"Eh I tak confess pun tadi. I cuma..cuma..haa ugut you je. Menjadi juga ugutan I tu eh." Gelabah aku menutur ayat.
"Apa-apa je la darling tapi I sure you did miss me, kalau tak you tak akan cari I sampai ke sini." Haikal masih dengan senyuman lebarnya.
"Ha you ajak I lunch kan? Kejap eh I nak kemas meja I ni dulu tapi you pun kena tolong I kemaskan la kalau tak we both lunch dalam bilik I ni je." Haikal menyengih seraya berlalu menghampiri mejanya dan mula mengemaskan fail-fail yang berselerak.

ESTÁS LEYENDO
Love or Lust ✔
RomanceRomantic-malay story. Naufal atau Haikal? Hati memilih Naufal tetapi diri bagaikan menderhaka. Inginkan layanan yang dihulurkan Haikal. Pendek kata aku mahukan sikap Haikal dalam diri Naufal. Namun selama mana aku mampu bertahan dengan Naufal? Ap...