Highlighted iv

16.4K 315 29
                                    


Saat kaki Aisya melangkah masuk ke Megah Holding, kelihatan beberapa pasang mata memandangnya kemudian ada yang berbisik antara mereka. Sepanjang langkah Aisya berjalan masuk diperhati pekerja-pekerja yang berhampiran. Aisya kelihatan kekok diperhati begitu.

Aisya memasuki perut lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"Syarikat ni tak perlukan mana-mana pekerja murahan. Baik berambus sebelum merosakkan imej syarikat." Kedengaran suara salah seorang pekerja yang turut berada dalam lif.

Aisya menelan air liur. Hatinya cuba menahan sabar. Dia masih berdiam tanpa kata.

"Orang macam tu mana reti tahu malu. Asal duit masuk." Tambah lagi seorang pekerja yang berada di belakang Aisya. Aisya mengenggam tangannya menahan sabar.

..........................

Aisya mencapai beg tangannya untuk keluar makan.Fida berdiri di hadapan Aisya sambil mencengkak pingang.

"Kau! Perempuan murahan! Tak malu muka kau kan still ada lagi hari ni. Kau jangan ingat kau boleh bersenang hati macam tu. kau nampak stor belakang tu. aku tengah cari file supplier kita. So, aku nak kau cari file tu sekarang! Lepas lunch aku nak file tu ada atas meja aku. Faham?!" Arah Fida merenung tajam Aisya.

"Tapi sekarang kan waktu lunch? Tak boleh ke saya buat lepas lunch?" Aisya cuba bersuara lembut.

"Hei! Kau ni kan! Aku kata buat, buat la! Jangan banyak macam lah!" tengking Fida lantas menghentakkan tangannya di atas meja. Aisya terkejut. Begitu juga staff lain.

"Fida, it's too much. Enough. Sudah-sudah la tu." Khairul menghampiri mereka berdua cuba membela Aisya.

"Kau diam Khairul! Kau jangan memandai nak tolong dia!" Fida memberi amaran keras buat Khairul. Khairul hanya menggelengkan kepalanya.

"It's ok Khairul. Awak boleh keluar. Okay Fida. Sekarang juga saya pergi cari file tu." Ujar Aisya cuba meleraikan ketengangan antara Khairul dan Fida. Dia tak mahu kerana dirinya antara mereka akan berlaku pergaduhan.

Aisya memandang 10 rak fail di hadapannya. Dia mengeluh perlahan. Kepalanya yang pusing tidak dihiraukan. Kepala Aisya makin lama makin sakit. Badannya lemah. Fail yang dipegang terjatuh ke bawah. Matanya makin kabur, kabur dan terus gelap!

Danial kusyuk mendengar pembentangan bulanan dari Department Human Resources.

Tiba-tiba En Hakim berdiri dan semua mata tertumpu ke arahnya termasuk Danial.

"Erm, maaf Tuan. Saya.. saya minta keluar dulu. Staf saya, Puan Aisya pengsan dalam stor!" kedengaran cemas suara En Hakim. Dia memandang ke arah Danial.

Mata Danial terbeliak mendengar berita dari En Hakim. Tanpa berfikir panjang, Danial terus bangun dan berlari keluar mendapatkan Aisya. sepanjang jalan hatinya risau.

'Aisya, jangan lah apa-apa.' Hati Danial meronta gelisah.

Dia berlari tanpa menghiraukan mata-mata staff nya yang memandang pelik ke arahnya.

Langkah Danial terhenti di dhadapan pintu stor. Staf-staff yang mengerumi Aisya menoleh ke belakang. Terkejut dengan kehadiran CEO mereka. Kelihatan Khairul memangku Aisya.

"Tuan, tadi Aisya pengsan then kepalanya terhantuk dekat rak and terus berdarah." Jelas Kak Yasmin yang cemas apabila melihat darah yang banyak mengalir keluar.

Danial terus mendapatkan Aisya dari pangkuan Khairul. Semua staff yang berada di situ melopong. Terkejut dengan tindakan Danial.

"Tunggu apa lagi?! Call la ambulans!" Jerkah Danial membuatkan semua orang tersentak dan kelam kabut menelefon ambulans.

Melihat darah Aisya yang tidak henti mengalir membuatkan Danial terus bangun sambil memangku Aisya dan berlari keluar.

"Syarifah! Siapkan kereta saya!" Arah Danial kelam kabut. Hatinya makin resah melihat keadaan Aisya.

Danial memberhentikan langkahnya. Dia berpusing ke belakang dan memandang semua staff yang memandangnya penuh kehairanan.

"Please stop making any rumors. Berhenti fitnah Aisya Sofea Bt Haji Harun because she's my wife. My LEGAL WIFE! " Ujar Danial serius, tinggi nadanya sebelum berlari mendapatkan keretanya dan membawa Aisya ke hospital.

Syarifah yang berada di belakang tersenyum lega dengan pengakuan majikannya.

Semua staff yang berada di situ terkesima dengan kata-kata terakhir Danial. Mereka saling memandang. mereka kelihatan begitu terkejut dengan apa yang baru mereka dengari.

Jom Pre Order Novel Kau? Ceo Aku? (800muka surat)! Hanya harga RM40 termasuk postage ke semenanjung dan RM46 termasuk postage sabah sarawak! Jika COD sekitar Kuala Lumpur hanya RM32.

Whatsapp : 016 995 0074
ATAU
Emel : sumaiyah.business@gmail.com

KAU? CEO AKU?Where stories live. Discover now