Bab 7

2.6K 60 0
                                    

BAHU Aatiq ditolak kasar. Nasi yang ada di tangan jatuh ke lantai. Pecah bungkusannya. Tumpah isi yang ada. Mata Aatiq berair melihatkan rezeki yang rosak. Ditambah pula dengan perut yang berbunyi meminta diisi. Rasa mahu dimaki wajah bekas kawan sekelasnya ini.

"Kau ni apa lagi yang tak puas hati dengan aku, hah?" Direnung wajah gadis manis di depan dengan perasaan yang bercampur baur.

Nak aje dia menjerit. Biar berdentum suaranya seluruh sekolah tapi ditahan. Dia masih bertahan atas tiket sabar yang dia kira, kian menipis. Sudah mahu rabak.

"Tak ada apa. Tapi..." Raisya jeda. Dia carik senyuman sinis. Memeluk tubuh sendiri dan memandang Aatiq atas bawah.

"Tapi, apabila aku nampak kau... Aku jadi meluat betul. Pelajar terbaik konon. Pelajar harapan. Lagi? Pelajar apa? Pelajar contoh? Dengan baju lusuh ni?" Jari telunjuk Raisya lurus pada seluruh tubuh Aatiq.

Bibir diketap. Tuhan... Sakitnya hati aku!

"Apa masalahnya dengan baju lusuh? Bijak pandai bukan ditentukan baju tu lusuh atau tak. Tapi, rajin dengan tidak. Lagi satu, hati tu bersih ke tak. Itu yang penting. Apa guna baju bersih macam kau tapi hati busuk mengalahkan bangkai?" herdik Aatiq kembali.

Dua tahun dia bertahan dengan Raisya, tak berdaya dah dia. Bukan salah dia apabila lelaki yang Raisya cinta, sukakan dia. Malah, dia tak layan sikit pun. Bukan dia tak elak melainkan atas sebab-sebab tertentu saja dia berdepan dengan Shafiq.

Habis tu, apa yang Raisya dendamkan sangat sedangkan Raisya boleh dapat yang lebih lagi? Orang dah tak nak, tersua-sua kenapa?

"Kau nak kata aku bangkai?"

"Kau mengaku kau bangkai?" Ditempelak Raisya tajam.

"Kau?!" Tangan Raisya naik mahu menampar wajah Aatiq tapi pantas Aatiq menahan.

Mata bundar Aatiq terjegil. Pertama kali dia menahan tangan Raisya. Malah, saat Raisya rosakkan makanan untuk dia jual kepada kawan-kawan, dia masih beratkan tangannya agar sentiasa ada di sisi. Agar tak naik ke udara.

Tapi, hari ini Raisya dah makin menjadi-jadi. Dia tak boleh duduk diam lagi. Apapun jadi, biarlah hari ini Raisya tahu dia juga ada hati dan perasaan. Dia juga ada kudrat melawan. Biar Raisya tahu, dia tak boleh menahan dinding sabar dia yang sedang runtuh sekarang.

"Kau tak nak tengok muka aku, aku tukar kelas walaupun aku rasa aku lagi layak duduk dalam kelas pertama tu berbanding kau. Tapi, tak apa, Raisya... Aku mengalah sebab aku nak belajar dengan aman. Aku nak dapat keputusan terbaik dalam SPM aku. Kau rosakkan semua kuih-muih dan nasi lemak yang ibu aku buat, aku rasa nak patahkan tangan kau tapi, aku tetap sabar sebab aku fikir tu bukan rezeki aku dengan ibu aku..." Tangan Raisya yang ada di dalam genggamannya dilepaskan kasar.

"Masakan ibu kau tu menjijikkan!"

"Raisya!" jerkah Aatiq. Nasiblah sekarang tengah hari sebelum bersambung dengan kelas tambahan. Kebanyakan bilik dah kosong.

"Aku tahan kau kutuk aku tapi jangan ingat aku mampu tahan bila kau kutuk ibu aku!" Amarannya keras. Tak cukup Raisya kutuk dia, ini nak babitkan ibu pula? Apa salah ibu kepada Raisya sampaikan nak babitkan ibu segala?

Sebak mula menghurung jiwa. Suaranya sudah bergetar. Birai matanya sudah mula basah.

"Apalah yang kau fikir masa kau rosakkan punca rezeki kami, Raisya? Sebab kau anak orang kaya? Lepas tu, senang-senang kau cakap tak sengaja dan campak duit lima puluh ringgit dekat muka aku? Kau ingat aku boleh terima semua tu? Aku ni Raisya..." Dada sendiri ditepuk kuat.

#HURTWhere stories live. Discover now