Bab 5

24.1K 321 113
                                    

Malam itu, bulan sangat terang, seterang hati Noah. Dia duduk di balkoni rumahnya, sambil bibir menguntum senyum. Tak pernah dia rasa seronok macam ni. Dia baru sudah bersembang dengan Nur, Nur sangat kelakar. Ada saja cerita Nur yang buat Noah geli hati. Rasa Noah, cukuplah semalam dia bercinta dengan Nur. Noah dapat rasa dia sudah tahu semuanya tentang Nur... Tak pernah Noah rasa begini apabila dia bersama dengan Rhianna.

Tapi, terlalu cepat untuk Noah putuskan tentang cinta.

"Saya anak sulung daripada dua adik-beradik. Adik saya, nama Nora Rania. Dia sudah berkahwin dan menetap dekat Penang. Baru saja bersalin."

"Saya pula, anak kedua daripada tiga adik-beradik. Saya seorang perempuan, yang sulung, abang chaq saya, Mohd Adnan, duduk bawah ketiak mummy dengan ayah lagi. Lagi seorang independent gila-gila, sampai tak mahu balik, adik saya, Mohd Addin, dekat Melbourne. Masih belajar."

Noah tergelak. Duduk bawah ketiak mummy... Ayat itu memang sangat spontan! "So, Nur mesti manja?"

"Of course..."

"Seorang saja perempuan dalam famili, sah suka warna pink?"

"Wah, Encik Noah ni... Macam mana tahu?"

"Sebab adik saya Nora, sangat sukakan warna pink. Lagipun, Blog awak nama, Pink Itu Merah Jambu. Kasut sukan awak tu pun warna pink, kan? Sah, memang suka sangat dengan warna pink."

Nur ketawa. "Bijak! Tapi, serius ke Encik Noah tu dengan Cik Rhianna?"

"Kenapa Nur?"

"Sebab... Eh, tak apalah! Saya saja cakaplah..."

"Haaa... Kita kan nak jadi suami isteri, mana boleh ada rahsia. Kenapa dengan saya dan Rhin? Something wrong..."

"Bukan apalah Encik Noah, bukan ada satu pepatah cakap, tell me whom you love, and I will tell who you are? So, tengok Cik Rhin, tengok Encik Noah... huh! Macam langit dengan bumi!"

Noah hanya tergelak. Tapi kata-kata Nur itu buat dia terfikir tentang Rhianna. Sejak dia balik ke Ipoh, Rhianna seakan-akan berubah. Dia seolah-olah tidak betah Noah duduk lama dekat Ipoh. Seringkali Rhianna tanya dia, bila mahu balik ke London, atau ke KL, rumah keluarganya. Macam ada sesuatu yang Rhianna sembunyikan. Sehinggalah...

Noah senyum. Dia tidak mahu menghabiskan ayat tu, sakit hati! Itu sebablah, dia mahu rancangan sewa ini diteruskan.

"Awak ni hebatlah, Nur. Baru sekejap saya jumpa awak, awak dah lebih tahu daripada saya..."

"Eh, satu hal yang pelik lagi."

"Apa Nur?"

"Kenapa Ipoh? Encik Noah bukan asal Kuala Lumpur ke?"

"Oh... My partner lives in Ipoh."

"Partner?"

"My business partner, dia duduk di Ipoh. Business dia bermula di Ipoh, business saya start dekat London. Bila dia kena migrate dekat London, dia sayang nak buang business dekat Ipoh. So, kita orang bergabung. Kebetulan saya perlukan satu cawangan di Malaysia."

"Ohhh..."

Noah bukan selalu menetap di Ipoh, sekejap ada di Ipoh, sekejap ada di London. Tapi lama dia di London dan jarang dia di Ipoh. Dia ada di Ipoh pun, sebab dia dapat projek besar di Seri Iskandar yang menyebabkan Noah terpaksa duduk di Ipoh lama sikit daripada biasa. Selalunya, pekerjanya akan menyelesaikan kerja-kerjanya di Ipoh. Tapi kali ini merupakan projek besar dan memerlukan perhatian Noah. Oleh itu, Noah terpaksa tinggal lama.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 09, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Isteri Untuk DisewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang