Bab 3

3.2K 83 0
                                        

SEORANG pelajar perempuan setia menanti kehadiran pemuda idaman hatinya selama ini. Dari jauh sudah kelihatan Haris dengan teman-temannya.

"Haris..." Suara Ain yang sungguh menggoda itu menampar cuping telinga Haris yang ingin menuju ke surau.

Sahabat-sahabatnya yang lain hanya tersengih. "Matilah hang, Ris..." Ijan menepuk perlahan bahunya.

"La... Hang rupa-rupanya. Hang buat apa dekat sini?" sahut Haris.

"Saya tunggu awak la." Ain masih setia dengan senyumannya yang cukup merimaskan Haris.

"Yang hang baik sangat jadi pak guard kat tangga ni kenapa? Ada orang bayar gaji hang ka?" Sarkastik saja bunyinya. Ijan dan Yasser menahan tawa. Mulut mamat ni memang tak boleh blah.

Ain tersenyum kelat. Sabar Ain kalau kau nak pikat Si Haris ni. "Pandai awak bergurau kan, Ris? Sebenarnya saya..." Belum sempat Ain meneruskan kata-katanya, Haris memotong terlebih dahulu.

"Dah la tu weh. Ain, hang ni tak malu ka duk tergedik-gedik dengan lelaki? Ingat kami ni akan terpikat ka dengan suara hang yang manja macam kucing Siam tu? Cair taik telinga aku la. Kalau hang pikiaq dengan senyuman hang yang terlebih gula tu mampu nak lembutkan hati aku lagi, hang silap."

"Kenapa dengan awak ni, Haris? Saya cakap baik-baik dengan awak tapi ini yang saya dapat. Apa salah saya?" Ain cuba mengawal getaran pada suaranya.

Hesy, budak KL ni! Aku bagi penampar sekali karang bisu jadinya. Haris turut menahan amarahnya.

"Salah hang sebab tak reti jaga maruah hang sebagai seorang perempuan. Nama hang dah cukup cantik, Ainul Mardhiah. Nama bidadari syurga tu, hang tau dak? Mana ada laki yang suka dengan perempuan gedik menggoda macam hang. Kami rimas. Hang ubahlah perangai tu lepas ni. Kita ni sekolah lagi. Tak payah duk gatal sangat la nak tackle aku mahupun pelajar muslimin yang lain. Daripada aku layan hang, baik aku pi solat zohor." Haris berlalu meninggalkan Ain yang masih terpinga-pinga. Sungguh dia tidak menyangka sampai begitu sekali reaksi daripada Haris.

Usai solat zohor berjemaah, Yasser menghampiri Haris. "Ris, hang tak rasa tindakan hang tadi melampau sangat ka?"

Haris termenung seketika. "Aku pun rasa melampau juga. Tapi nak buat lagu mana, daripada aku berlembut dengan dia, nanti dia pikiaq lain. Naya aku. Perempuan macam Ain tu susah nak faham. Aku harap lepas ni dia tak buat lagi perangai pelik macam tadi." Haris melepaskan keluhan kecil.

Sementara itu, Ain di rumah tidak dapat menahan amarah terhadap Haris.

"Kau ingat kau handsome sangat? Tunggu la nasib kau lepas ni. Hina sangat aku di mata kau nampaknya." Ain melepaskan tumbukan ke bantalnya. Ain mula merencanakan sesuatu untuk Haris.

Keesokan harinya, Haris dan teman-temannya ingin menghabiskan waktu rehat mereka di perpustakaan. Memandangkan mereka berpuasa sunat, jadi waktu rehat yang ada dihabiskan untuk menunaikan solat sunat duha dan mengulangkaji pelajaran.

Ain sudah bersedia dengan peralatan untuk mengenakan Haris yang berada di tingkat dua bangunan sekolah mereka.

Baki masa rehat hanya tinggal lima minit sahaja lagi. Sasaran telah keluar dari perpustakaan. Semakin melebar senyuman Ain. Dia sudah lama berada di tingkat tiga di bangunan yang sama. Ketika Haris dan teman-temannya menuju ke kelas, Ain memulakan langkahnya.

"Woi, Haris!" Begitu kasar sekali suaranya kali ini. Tiada lagi suara gedik menggoda. Langkah Haris terhenti. Suara siapa yang macam serigala menyalak di siang hari ni? Dia memusingkan kepalanya mencari pemilik suara itu. Saat dia mendongakkan kepalanya ke atas, tubuhnya telah bermandikan minyak tanah yang disimbah oleh Ain.

"Sedap tak 'hitam'? Bertambah hitam la kau sekarang." Ain ketawa berdekah-dekah. Ijan dan Yasser berlari mendapatkan Haris.

"Ain! Awat hang buat dia lagu ni?" tempik Ijan yang turut merasa marah atas apa yang menimpa sahabatnya itu. "Itu baru sikit aku kerjakan. Salah kawan kau juga sebab hina aku."

Haris masih menahan sabar.

"Hang yang mulakan dulu. Apa yang Haris cakap semalam semuanya betul. Ada ka patut perempuan yang duk terhegeh-hegeh nak dapatkan perhatian lelaki macam hang ni. Agaknya semua perempuan kat KL tu sama aja, kepala otak gila juga macam hang ni." Yasser pula yang berbicara kali ini.

Hati Ain semakin panas. Bertambah panas lagi apabila tiada sebarang reaksi daripada Haris.

"Dah la. Hangpa tak payah duk layan dia sangat. Jom masuk kelas." Haris langsung tidak memandang wajah Ain.

"Takkan hang nak masuk kelas dengan baju kotoq ni? Dah, hang pi balik. Aku tau macam mana nak terang kat cikgu sat lagi." Ijan memang sahabat yang memahami.

Sakit jantung Puan Rosnah melihat keadaan anaknya pada tengah hari itu. Ingatkan orang minyak mana yang tersesat masuk ke dalam rumahnya.

"Awat hang jadi lagu ni?" Habis kotor baju sekolah anaknya yang berwarna putih itu telah bertukar menjadi hitam. Kalau cuci pakai Klorox pun belum tentu boleh hilang.

"Ada orang dengki dengan cek. Nak buat lagu mana. Reda aja la, umi." Haris malas mengambil pusing atas apa yang telah terjadi.

Puan Rosnah hanya mampu menggeleng. Dia tahu anaknya yang seorang ini memang penyabar orangnya. Bukan jenis yang suka membalas dendam.

"Sabaq noh angah." Puan Rosnah menepuk lembut bahu anak terunanya yang kian meningkat dewasa itu.

Bius Cinta Dari Ardul KinanahWhere stories live. Discover now