بسم الله الر حمن الر حيم
SESAMPAI sahaja kami di perkarangan rumah abah aku masih tidak keluar dari perut kereta Jihah. Aku mengumpulkan semangatku untuk berhadapan dengan abah dan ibu.
“Hana are you alright?” Jihah memegang bahu ku. Aku mengukirkan senyuman sedaya upayaku dan mengangguk dengan perlahan.
“Beb kalau kau rasa kau tak berani berdepan sendiri kami ada sedia menemani kau.” Ucap Najwa ikhlas.
“Thanks beb.” Aku memeluk kedua sahabatku. Aku berasa bersyukur sebab ada sahabat seperti mereka.
“Its ok korang tak perlu risaulah…ye”
“Betul?” soal Najwa. Aku mengangguk.
“Dah lah aku masuk rumah dulu… sorry lah kalau aku dah menyusahkan korang.”
“Takde lah kitakan kawan sama-sama susah sama-sama senang itulah erti persahabatan sebenarnya.” Balas Jihah. Aku mengukir senyuman mendengar ucapan Jihah. Aku keluar dari perut keretanya dan melambai mereka sebaik sahaja kereta Hyundai milik Jihah bergerak meninggalkan perkarangan rumah abah.
Aku menarik nafas sedalamnya untuk mencari sedikit kekuatan dalam diriku. Dengan dimulakan Basmalah tangan ku perlahan-lahan mengapai tombol pintu. Tapi belum sempat aku memegangnya, pintu utama rumah abah di kuak. Aku melihat wajah ibu yang jelas terkejut.
“Hana? Aikk bukankah kamu sepatutnya balik lusa?” soal ibu tercengang.
“Ibu…” aku memeluk ibu dengan erat. Ibu membalas dakapan ku.
“Kenapa ni?” soal ibu perlahan sambil mengusap lembut belakangku.
“Takde Hana Cuma rindu ibu tu yang Hana balik awal.” Dalihku. Maafkan Hana bu. Tapi Hana belum sedia nak ceritakan kat ibu.
“Siapa yang datang tu? Eh Hana?” soal Abah sebaik sahaja melihat aku.
“Abah…” aku menyalami abah.
“Bukan kamu sepatutnya balik lusa?”
“Hmm macam abang tak tahu anak dara kita seorang ni bukannya pandai berdikari sangat.” Balas ibu tersenyum kecil.
“Oh, kes rindu ibu dengan abah lah ni. Ish kamu ni Hana kan dah besar.” Abah mengusap kepala ku. Tersentuh hati ku. Apa yang aku dah buat, aku dah kecewakan mereka. Abah dengan ibu mesti kecewa kalau aku ceritakan pada mereka.
“Jom lah masuk dalam ibu masakkan kamu makanan kegemaran kamu ye?” ajak ibu. Aku hanya menurut.
**
DANIAL memisat-misat matanya. Berat sahaja rasanya hendak membuka mata. Seluruh badannya terasa sakit bahana tidur di atas lantai. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia mencari kelibat Hana sayangnya dia sudah tidak ada di atas katil bersize king itu. Dilihatnya ada sekeping nota diatas meja kecil dekat katil tersebut lalu dia mengambil nota tersebut dan membacanya.
‘Mungkin dari dia agaknya.’ Fikirnya.
Di dalam nota itu tertulis
Assalamu’alaikum, Danial aku nak balik kat abah dan ibu aku. Aku nak tenangkan fikiran aku. This is too much for me. Izinkan aku pergi.
-HanaSebaik sahaja Danial selesai membaca nota tersebut tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang ganjil pada dirinya, Kehilangan? Dia sendiri pun tidak pasti.
“Too much?! Ingat dia seorang je yang rasa tertekan.” Katanya sinis.
Matanya tiba-tiba memandang kearah satu sudut yang berdekatan dengan pintu bilik air. Baju kameja Hana yang direntapnya dari tubuh Hana semalam masih lagi di atas lantai. Danial meraup wajahnya.
‘Agaknya dia lupa ambik kut,’ desisnya lalu mengambil baju itu.
‘Apa aku nak buat lepas ni. Aku dah jadi suami orang yang aku langsung tak kenal asal usul dia. Entah-entah perempuan semalam tu bunian tak pun penunggu kat hotel ni. Muka bukan main cantik. Eh tapi tak mungkinlah. Takkan lah hantu ada bawa baju untuk bercuti.’ Ujar Danial sendirian.
Awak kat mana, awak awak kat mana
Awak kat mana, awak awak kat mana
Tiba-tiba nada dering telefon bimbit menyentak lamunannya.
“Hello” Sapa Danial.
“Hai Babe!” sapa orang dihujung talian itu.
“Oh Sofee ada apa?” soal Danial malas.
“Eyy you ni apsal macam takde mood ni?” balas Sofea dengan nada gediknya.
Danial sebenarnya malas hendak melayan karenah Sofea iaitu rakannya dalam penggambaran filem terbarunya kini. Kerana terlalu banyak benda hendak di fikirkan.
“Sorry I just woke up. So what’s up?”
“You better get ready now. Lagi 30 minit kita nak mula shooting. I know lah you tu kesayangan bos kita tapi tak bermakna you boleh datang lambat sebab I tak suka tau nak tunggu-tunggu.”
“Sorry semalam I letih sangat. Kan semalam kita habis shooting lewat malam. Don’t worry I’ll be there in 15 minutes.” Danial menggaru kepalanya yang tak gatal. Disebabkan keletihan semalam itu sekarang dia digelar suami orang.
“Ok see you in 15 minutes then.” Dengan itu Danial mematikan taliannya.
Danial meraup wajahnya. Kedatangannya ke negeri ini hanyalah untuk membuat pengambaran filem terbarunya tapi siapa boleh melawan takdir Tuhan. Segalanya telah tersurat lelaki teruna idaman setiap wanita ini telah menjadi suami orang dalam diam. Kalaulah peminat-peminat setianya tahu memang menangis tak berlagulah jawabnya.
**
Hana (P.O.V)
SELESAI sahaja aku mengemas baju-baju ku ke dalam almari, aku melihat diriku ke dalam cermin. Hatiku tiba-tiba rasa hiba sebaik sahaja melihat banyak bekas lebam di bahagian bahu dan leherku. Peristiwa semalam bermain di kepala ku. Kureng asom punya Mr.Stranger! Nampak gayanya aku terpaksa pakai tudung di dalam rumah. Kalau ibu dengan abah nampak naya aku! Sebaik sahaja aku mengenakan tudung express di kepalaku, aku terus keluar dari bilik dan menapakkan kaki di dapur untuk membantu ibu menyediakan makan malam.
“Aikk apsal dalam rumah pun pakai tudung?” soal ibu sebaik sahaja nampak aku. Aku menayangkan sengihanku.
“Aaa sejuklah bu…tu yang Hana pakai tudung.” Maafkan Hana bu sebab terpaksa tipu.
“Hana demam?” ibu meletakkan tangannya ke dahiku. Wajah ibu jelas menunjukkan kerisauannya.
“Iyelah kut.”
“Nanti jangan lupa makan ubat.” Aku hanya mengangguk.
“Lusa buka sekolah, kamu nak sekolah ke kamu nak pergi hospital?” soal ibu.
“Ermm…Hana sekolah jelah Bu.”
“Kamu tak nak jumpa doktor ke?”
“Takpelah… ibukan doktor Hana so Hana tak payah nak jumpa doktor lagi.” Kataku memeluk ibu.
“Hmm…kamu ni manja sangat kat ibu.” Ibu mengusap lembut belakangku sambil tersenyum.
“Nanti kalau kamu dah ada suami macam mana? Tak kan lah kamu masih nak bermanja dengan ibu.” Sambung ibu lagi. Tersentak aku dibuatnya.
“Ish ibu ni Hana kan masih sekolah tak nak lah cakap pasal tu.” Kata ku menghilangkan rasa resah di hatiku.
“Ye…tapi umur macam kamu tu dah boleh kahwin. Ibu dan abah pun kawin umur macam kamu ni lah. Tapi ibu nak kamu habiskan dulu pengajian kamu baru lah kamu fikirkan soal jodoh ye Hana.” Kata ibu sambil membelai kepala ku. Sayu hatiku. Ibu maafkan Hana bu, Hana dah pun kawin dengan lelaki yang Hana langsung tak tahu siapa dia. Tapi muka dia tu macam familiar juga. Macam kenal je.
“Kalau pun Hana ada suami, Hana masih juga nak manja kat ibu. Hana tak kira.” Kata ku memeluk ibu.
“Ish kamu ni…” ibu tertawa kecil mendengar gurauanku.
“Amboi dua beranak ni masih kat dapur rupanya. Dari tadi abah tunggu tak juga keluar-keluar. Ingatkan ada sesiapa pengsan.” Tiba-tiba abah muncul. Aku dan ibu hanya mampu tersengih. Like mother like daughter.
“Alaa sorry lah abah. Abah tak payahlah jelous. Hana pun sayang abah.” Kata ku saja menyakat.
“Dah-dah jom makan.” Kata ibu mengangkat makanan menuju ke meja makan.A/N: Assalamu’alakum n hy! Sorry for the short chapter…I’ll try to make it longer nxt time Insya Allah but can’t promise u that hihi ^^ so feel free to leave a comment…
