Elizyx's Reading List 2.0
146 stories
C | Bawa Dia Kembali  by viepixxa
C | Bawa Dia Kembali
viepixxa
  • Reads 103,802
  • Votes 11,395
  • Parts 52
Bawa Dia Kembali by viepixxa Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Di mata saya, awaklah perempuan yang paling indah. Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved Β© viepixxa
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
Peluang Kedua Buatku (S2)
oniriquefairytale
  • Reads 482,322
  • Votes 37,523
  • Parts 38
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
Peluang Kedua Buatku | (BAKAL TERBIT) by oniriquefairytale
Peluang Kedua Buatku | (BAKAL TERBIT)
oniriquefairytale
  • Reads 6,463,291
  • Votes 99,865
  • Parts 21
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Death [ Boboiboy Fanfiction ] by clarcelyn
Death [ Boboiboy Fanfiction ]
clarcelyn
  • Reads 46,423
  • Votes 3,432
  • Parts 25
Fang memiliki mimpi buruk sejak kematian Boboiboy setahun yang lalu, tapi dibalik itu semua Fang merasa ada yang mengganjal dalam hatinya. Fang pun mencari informasi dan ternyata dia menemukan ..
His Last Revenge S2 (OG) by luziveleyn
His Last Revenge S2 (OG)
luziveleyn
  • Reads 7,790
  • Votes 463
  • Parts 6
Sequel The Last Love S1 [ π‘πžπ―πžπ§π πž π’πžπ«π’πžπ¬ ] ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya ketiga Nial Rayqeen adalah diri Erwan Nial yang kedua. Hadir kerana dendam kepada Bunga Daliya yang sudah 2 tahun dia simpan. Kebodohan dan perangai Bunga yang semakin lama semakin melampau membuatkan Nial Rayqeen tekad untuk mengawal tubuh badan Erwan Nial untuk masa yang lama. Curang adalah pilihan. Tiada istilah curang adalah takdir. Sedangkan orang yang dulunya setia pun sekarang boleh berubah hati. Apatah lagi hati seorang perempuan yang bernama Bunga Daliya? Layakkah Bunga mendapat kemaafan dan peluang kali terakhir setelah dia sudah berjaya mengkhianati kesetiaan Erwan selama 6 kali berturut-turut? Maaf bukan benda yang mudah tetapi akan dimaafkan jika terlalu cinta meskipun kesalahannya boleh buat kita hancur sehancurnya. "Aku adalah Nial Rayqeen dan aku adalah aku. Aku tidak sebaik Erwan Nial yang selalu maafkan kau." - Nial Rayqeen. "Bagi balik suami aku!" - Bunga Daliya. "Penyesalan akan berlaku bila sudah kehilangan sesuatu yang bermakna." - Ersyad Daniesy. Dendam ini abadi. - Kehadiran Sara Nasuha dengan imej baru telah menarik perhatian Nial Rayqeen. Wanita itu kembali dengan berpakaian yang sopan dan bertudung. Dapatkah Bunga berubah setelah hadirnya Sara Nasuha sebagai penggantinya atau Bunga masih meninggikan ego? Kesalahan yang sama tidak mungkin tidak berulang tetapi ia mustahil jika sudah berubah demi orang yang kita sayang. START: 08/02/2025 END:
Takdir Yang Istimewa by Missnrsai
Takdir Yang Istimewa
Missnrsai
  • Reads 135,966
  • Votes 4,877
  • Parts 57
1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yang berlainan ibu bapa. Tengku Farahani sedikit teruja apabila mendengar khabar bahawa Afiq Naufal akan pulang ke Malaysia. Setelah 3 tahun dia tidak berjumpa lelaki itu. Kalau disuruh jujur, dia akan mengaku yang dia memang rindukan Afiq Naufal. Di usia 24 tahun, Tengku Farahani akan berkahwin dengan tunangnya iaitu Azri. Tengku Farahani memilih tarikh lahirnya sebagai tarikh untuk dia diijab kabul. "Kenapa kau pilih tarikh lahir kau sebagai hari kau nikah? Kau lupa ke tarikh lahir kita sama? Takkanlah setiap kali birthday kita, aku kena ingat tarikh anniversary kau sekali?" -Afiq Naufal. Kepulangan Afiq dari Perth bukan saja memberi kegembiraan buat Tengku Farahani. Tetapi membawa nasib malang. Tengku Farahani terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada Afiq Naufal sehingga menyebabkan gadis itu lumpuh. Ditinggalkan oleh tunangnya sendiri membuatkan Fara membenci Afiq Naufal. Bagi Tengku Farahani, Afiq Naufal punca Azri tinggalkan dia. "Kalau dia taknak jaga kau, biar aku yang jaga kau," -Afiq Naufal. "Aku dah benci kau Afiq. Kau ingat aku nak ke terima kau?"- Tengku Farahani. Afiq Naufal tak kisah. Asalkan dia dapat tebus semula segala kesalahannya. Dia punca Tengku Farahani lumpuh. Dia mahu bertanggungjawab. Dia akan menjaga Tengku Farahani. "Kalau kau kahwin dengan Fara, macam mana dengan Lydia? Macam mana dengan janji kau pada Lydia?" -Eriq Haiyan. Lydia Qairina, kekasih Afiq di Perth. Sudah 3 tahun dia bercinta dengan Lydia. Tetapi setiap kali memikirkan tentang Fara, buat dia rasa bersalah. Dia sanggup korban hatinya. Tapi mampukah Fara menerima Afiq? Jika Afiq berkahwin dengan Fara, bagaimana pula dengan Lydia?
BINTANG PINJAMAN TERINDAH - OG by Leykaa_
BINTANG PINJAMAN TERINDAH - OG
Leykaa_
  • Reads 4,140
  • Votes 197
  • Parts 25
' Antara Hak dan Takdir ' Puan Nayla, gelaran yang gah buat seorang wanita yang memiliki kehebatan dalam kerjayanya namun sering gagal dalam percintaan. Kehadiran Noah Aryaan dalam hidup Nayla sebagai anak tunggal kesayangannya menjadikan hidupnya tidak lagi kesepian. Noah yang hidup dijaga dan dimanjakan oleh ibunya. "Mama akan jaga Noah dengan nyawa mama sendiri. Mama janji, sayang." -Hasya Nayla Tanpa terduga seorang wanita bernama Serra hadir untuk menuntut haknya yang hakiki. Hak sebagai seorang ibu yang menginginkan anaknya kembali. Sungguh tidak mudah untuk Nayla melepaskan bintang hatinya kepada yang lain. Namun apakan daya, Serra yang mengandungkan anak itu selama 9 bulan lamanya, pasti ingin dia merasai secebis kehangatan kasih yang selayaknya. "Tolonglah, pulangkan dia kembali... Saya sanggup buat apa sahaja yang awak nak," - Serra Natasha "Lepaslah... ibu tipu Noah! Noah tak nak ikut ibu!" -Noah Aryaan Seiring waktu, ada hal yang tak terduga terjadi. Janji yang diikat, tetapi dimungkiri. Bahagia yang dirasa, hancur sekelip mata. Konflik demi konflik yang terjadi seakan takdir tidak pernah menyebelahi. Sehingga dia yang sepatutnya lembut jiwanya, berubah menjadi seseorang yang bagaikan tidak pernah dikenali lagi. "Sikit calar badan anak-anak aku, aku akan pastikan kau terima akibatnya!" -Hasya Nayla "Noah nak bahagia macam dulu lagi..." -Noah Aryaan Saat bahagia sudah hilang, jiwa yang hidup bagaikan telah mati, dunia bagaikan sunyi sepi, dan hidup bagaikan tiada ertinya lagi. Mungkin 'hak' lebih berkuasa daripada 'takdir' dan mungkin juga duka yang akan menemani selamanya. Adakah bintang yang bersinar indah itu hanya sekadar pinjaman tuhan sementara atau anugerah hujung nyawa? START: 20/6/2024 END:
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
Ustaz Faqih Ruzain
Hashily90
  • Reads 157,005
  • Votes 2,947
  • Parts 13
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
Mi CariΓ±o by Hudanajwa__
Mi CariΓ±o
Hudanajwa__
  • Reads 320,689
  • Votes 19,264
  • Parts 16
Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine