karyaseni2u

Hai! 
          	
          	Ini untuk anda, 
          	
          	Penulis-penulis yang berbakat dalam menulis novel, ada manuskrip penuh yang dah siap dan memenuhi ciri-ciri berikut:
          	
          	1. Cerita kalian lain daripada yang lain, menarik dan ada gaya tersendiri.
          	
          	2. Genre: Cinta, komedi, Islamik, misteri, thriller atau sebarang genre yang bersesuaian dengan konsep Penerbitan Karyaseni & Penulisan2u.
          	
          	3. Tema: Kekeluargaan, persahabatan, woman empowerment, isu semasa atau apa-apa tema yang menarik.
          	
          	4. Tema kahwin paksa, kahwin orang ketiga, kahwin tak kenal satu sama lain, kahwin anak raja, kahwin ada datuk, tan sri... & mula-mula benci lepas tu cinta tak nak tau. =) ceritanya kena realistik & logik.
          	
          	5. Kalau ada manuskrip romantik komedi kami amat alu-alukan untuk penilaian.
          	
          	6. Panjang cerita 80-90 ribu patah perkataan. Kalau lebih sikit nanti penilai akan semak balik. kalau dia terima untuk nilai. Syukurrr. =P kalau tak, kena potong mana-mana bahagian yang berulang/lewah/meleret.
          	
          	7. Bagi sinopsis penuh cerita sekali. 
          	
          	Boleh hantar ke manuskripkaryaseni@gmail.com 
          	
          	Mana tahu ada rezeki lulus penilaian dan boleh terbit. =))

AriaNatsumi

@karyaseni2u adakah penulisan puisi diterima? 
Reply

ainaaafthh

@karyaseni2u kalau patah perkataan dia kurang pada 80-90 boleh tak sis? Please jawab sebab saya punya hampir siap dah
Reply

gachaleesa

@karyaseni2u macam menarik..Adakah remaja yang berusia 13 tahun boleh menulis novel????
Reply

Asmirose

thecamilia

Hai dan assalamualaikum... Maaf menggganggu awak. Saya minta maaf. Kalau ada masa jemputlah baca. ♥
          
          ___________
          
          "Ukail..." 
          
          Berdebar-debar jantungnya melihat seraut wajah yang sudah lama tidak dijumpai setelah peristiwa di hospital dulu. Bethany melekapkan tangannya ke perut, menenangkan rama-rama bertebangan hebat.
          
                     "Kau berubah..."
          
          Dua perkataan, lelaki itu melangkah pergi...
          
          
          
          
          
          BETHANY VIOLET DENDRA, dulunya pemalu, beradab namun sekarang bebas melakukan perkara yang tidak elok setelah menjadi Chief Executive Officer. Siapa kata perempuan tidak boleh menjadi CEO? Walaupun Bethany gadis yang bijak, gadis itu tidak pernah berinteraksi dengan seorang lelaki dengan baik. 
          
          Bethany Violet Dendra mengambil keputusan untuk mengenali lebih dalam tentang perangai seorang lelaki dengan menggunakan identiti berbeza. Dia bertemu dengan womanizer, bad boy dan tidak sangka dia akan berjumpa dengan lelaki yang pernah sekali menenangkan hatinya waktu dahulu.
          
          Rama-rama dahulunya sudah mati kini hidup semula setelah berjumpa dengan si dia. 
          
          Ukail Humaidi, abang garang.
          
          Misi untuk mengenali womanizer, playboy dan abang garang menjadi sukar tatkala lelaki-lelaki itu mencambahkan perasaan mereka terhadap si gadis unik. Bethany tahu, salah langkah semua terbongkar. Tanpa sedar, Bethany salah ambil langkah.
          
                  "You playing with my heart!"- Playboy.
          
                  "Are you playing with me?" - Badboy.
          
                  "Suka? Mainkan perasaan orang yang tidak bersalah?" - Abang Garang.
          
          Bagaimana Bethany menyelesaikan masalah tersebut? Siapakah menjadi pilihan hati Bethany? 
          _________
          
          https://www.wattpad.com/story/181816876?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=NSFSHN&wp_originator=fKMhVUQfR2aTcBzWyCzVBlyt72mTJKANVggDXcXHpgSaCuwE2f1MX3Atzr5lo0pT3fyeiJtHlyz6%2BPvFHJxinz989WDWBXrR8cliQvriOiqpoCaGGx9RyfO%2B%2BASkbUJo

aunihadhirah