𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐅𝐢𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬𝐌𝐘!

Ini ialah profil Wattpad rasmi untuk komuniti pencinta fiksyen sains Malaysia! Profil inilah yang akan menjadi hub utama tempat anda akan menemui cerita-cerita mengagumkan, maklumat tentang penulis-penulis fiksyen sains yang hebat, pelbagai pertandingan yang mencabar minda, diskusi berkisarkan genre, peluang untuk menjadi sebahagian penulis antologi serta termasuk dalam senarai bacaan kami! Terokai profil kami sekarang untuk merasakan betapa menariknya fiksyen sains!

Kami baru sahaja bermula dan sekarang kami sedang mencari karya-karya fiksyen sains terbaik untuk diketengahkan! Mahu karya anda atau karya penulis kegemaran anda berada di dalam senarai bacaan kami?

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧:

☆ Ambil perhatian dengan penggunaan bahasa dan tatabahasa untuk memastikan karya tersebut dapat dibaca, difahami dan dinikmati dengan lancar.

☆ Pastikan isi kandungan karya menepati garis panduan isi kandungan Wattpad supaya semua orang dapat membacanya!

☆ Sertakan maklumat yang lengkap mengenai karya di dalam borang yang disediakan. Ini penting kerana kami perlukan maklumat dan gambar muka hadapan yang jelas untuk mempamerkannya ke khalayak umum.

☆ Karya yang sudah siap amatlah dialu-alukan

☆ Bagi karya yang masih belum tamat, penulisnya mestilah telah mengemaskini karya dengan aktif atau hiatus tidak melebihi 3 bulan.

Anda tahu karya fiksyen sains yang menepati syarat-syarat di atas? Cadangkannya dengan menghantar 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 ini! (Sila faham bahawa tidak semua cerita dapat kami terima).
  • Di Angkasa Lepas
  • JoinedFebruary 10, 2019


Last Message
FiksyenSainsMY FiksyenSainsMY Nov 20, 2019 04:23AM
Hai Wattpadders, Adakah anda tidak kesempatan untuk menyertai Halloween Vault 2? Jangan risau! Tarikh tutup adalah pada 11.59 malam, 20 November, maksudnya anda mempunyai 12 jam lagi.Sertai sekuran...
View all Conversations

Stories by FiksyenSainsMY
Halloween Vault 2 by FiksyenSainsMY
Halloween Vault 2
Halloween Vault 2 kini kembai! Tahun ini kami akan mengacarakan pelbagai prompt yang mendebarkan, aktiviti ya...
ranking #90 in wattpadmalaysia See all rankings
Wattys Ekpress 2019! by FiksyenSainsMY
Wattys Ekpress 2019!
Anugerah Wattys 2019 kini dengan rasminya telah berlangsung! Lebih istimewa apabila tahun ini ialah tahun ke...
ranking #21 in ambassadorsmy See all rankings