EykaaJas

Selamat tahun baru semua 
          
          Walaupun dah lewat tiga hari, saya tetap nak menyapa. Sejujurnya, hati ni berat sangat nak buka Wattpad. Ada rasa bersalah yang susah nak digambarkan sebab buat korang tertunggu-tunggu. Tertunggu episod baru, tertunggu cerita yang entah bila akan habis.
          
          Padahal dulu saya rancang, tahun 2025 semua cerita yang saya tulis akan tamat. Tapi sekarang dah masuk 2026, dan cerita-cerita itu masih tergantung. Saya faham kalau ada yang rasa kecewa, penat menunggu, atau mungkin dah beralih ke cerita lain. Saya benar-benar minta maaf.
          
          Tak menafikan, ada masa saya terfikir untuk berhenti menulis terus. Tapi setiap kali niat tu datang, saya akan teringat pembaca-pembaca yang masih setia. Yang masih tunggu walaupun saya senyap lama. Dan masa tu, niat untuk berhenti terus hilang. Sebab tanpa korang, saya takkan jadi diri saya yang sekarang.
          
          Doakan ya, semoga semua cerita yang saya mulakan akan ada penamatnya. Saya sendiri tak sabar nak sampai ke hari di mana pembaca tahu bagaimana kisah-kisah ini berakhir.
          
          Maaf juga sebab kesibukan dengan study buat banyak perancangan dan update tergendala. Sejujurnya, kalau boleh saya memang nak jadi penulis sepenuh masa. Tapi saya sedar, saya belum sampai ke tahap itu. Masih banyak yang perlu saya belajar.
          
          Buat masa ini, saya pilih untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang kesihatan, insya-Allah sesuatu yang baik untuk masa depan dan untuk orang lain. Dan siapa tahu, mungkin suatu hari nanti perjalanan inilah yang akan jadi inspirasi untuk cerita-cerita saya yang seterusnya.
          
          Terima kasih sebab masih di sini❤️
          Terima kasih sebab masih sabar dengan saya
          
          Selamat tahun baru

EykaaJas

Setiap rasa cuba diungkap ke dalam penulisan,
          namun kali ini ia terlalu sukar.
          Kata-kata berhenti di hujung fikir,
          enggan melangkah lebih jauh.
          
          Pena masih di tangan,
          tetapi hati seperti kehabisan arah.
          Ayat terhenti di pertengahan nafas,
          dan aku sering gagal
          untuk meneruskan cerita yang pernah kupercayai.
          
          Bukan kerana aku sudah berhenti mencuba,
          cuma ada rasa yang terlalu berat
          untuk dipaksa menjadi indah.
          Mungkin, buat sementara,
          diam juga satu bentuk penulisan—
          dan aku sedang menulisnya dengan hati.