Zanient
"Sejauh mana pun kau lari, kau tetap 'nyawa' yang aku cari."
Bagi Hellishya Hellissa, Haque Hakim adalah segalanya. Teman sepermainan yang berjanji untuk sentiasa ada, malah sanggup berpura-pura jatuh bersama agar dia tidak merasa sakit sendirian. Namun, janji itu hancur 15 tahun lalu apabila Haque menghilang ke London tanpa sebarang khabar berita.
Kini, loceng pintu villa mewah itu berbunyi lagi. Haque Hakim kembali, tetapi bukan sebagai budak lelaki yang dia kenali dahulu. Dia pulang sebagai lelaki asing yang dingin, berkarisma, dan membawa aura CEO yang sangat kuat.
Lebih mengejutkan, Haque bukan sekadar datang melawat. Dia pulang untuk menuntut sebuah janji lama kepada papanya, Mr. Noah Iskandar, dan bakal menjadi teman sebilik di bawah bumbung villa yang sama.
"Mi vida no ha sido la misma sin ti, pero ahora estoy aquí." (Hidupku tidak sama tanpa kau, tapi sekarang aku di sini.)
Adakah Haque kembali untuk menyambung memori lama, atau dia kembali hanya untuk menghancurkan sekeping hati yang baru sahaja mahu pulih? Dalam jarak yang kian rapat, rahsia 15 tahun lalu mula terbongkar satu persatu. Kerana bagi Haque, Hellishya bukan sekadar kawan lama. Dia adalah Mi Vida-nyawa yang dia tidak sanggup untuk lepaskan lagi.