Mengejar Sunrise
By syafieyusran
698
60
15
  • Random
  • adventure
  • brogahill
  • cerpen
  • friendship
  • hiking
  • kembara
  • motivation
  • novel
  • onehandtyper

Description

Lima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu bahawa rencana yang dirangka spontan itu bakal menghadirkan sebuah cabaran baru. Sebuah tentangan yang bakal membawa mereka ke sebuah daerah baru. Sedang Ikmal menikmati teh o ais seorang diri di sebuah restoran mamak di samping pertemuan dengan seorang teman yang baru menerbitkan novel sulung, datang pula Aiman, Azrai dan Iwan meminta Ikmal membawa mereka mendaki Bukit Broga. Ikmal yang baru turun daripada Gunung Datok langsung bersetuju dan berangkat ke Broga saat itu juga. Asalnya ini adalah sebuah kisah pertualangan mendaki sebuah bukit yang meski tak tinggi, tapi tetap memberi cabaran tersendiri. Apa yang cuba disampaikan dalam penulisan kasar ini adalah..... Kisah di sebalik pendakian mereka 'Mengejar Sunrise'. Ada apa dengan pendakian? Tentang rindu pada sahabat... Telatah Aiman menahan diri daripada cenderung berputus asa. Bagaimana Ikmal bangkit dari terpuruk ke jurang kesepian serta kekesalan dengan terinspirasi kepada pendakian... Ada apa dengan pendakian?

Satu Ringgit Saja.

Continue Reading on Wattpad
Mengejar...
by syafieyusran
698
60
15
Wattpad