Description
Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Tidak dapat aku tahan, tidak juga dapat ku elak. Gara-gara sebuah artikel, hidup aku berubah 180 darjah. Masihkah ada sinar bahagia saat kesucian diri diragut? Dirampas bagai tiada belas kasihan. Tanpa kupinta, tanpa kuduga, dan tanpa kurela. Dalam kesamaran cahaya yang menyuluh jalan hidup, hadir seorang jejaka yang aku kira bisa membawa aku kejalan yang lebih bercahaya. Saat akad dilafazkan, aku bersedia menjadi isteri, bersedia untuk mengandung, bersedia untuk melahirkan, bersedia berikan nama anak aku berbin dan berbintikan seorang lelaki yang bergelar suami. Kerana kini syurga ku dibawah telapak kakinya, tapi apa yang aku dapat, hanya derita darinya. Janji yang dilakar tidak lagi seharum mawar. Janjinya bukan sahaja busuk, tetapi lebih membuatku derita. Mawar yang diberi, bagai kaktus yang menyucuk jantung ku kini. Sakit... ***
MATA - Note 1
