Description
"Awak... awak siapa?" "Awak betul ke tak kenal saya?" "Tak." "Takkan tak cam kot muka handsome ni?" Pertemuan Hasya dan Syahran sewaktu dibangku sekolah bukanlah suatu pertemuan yang disengajakan. Tetapi, memang sudah dirancang dari awal demi menawan semula hati Mazni, sahabat baik Hasya. Perasaan benci bertukar menjadi sayang ketika Hasya mengenali Syahran dengan lebih mendalam. Namun, cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. "Apa yang kau merepek dengan diari bodoh kau ni hah? Kau tu dah lah gemuk. Layak ke kau dengan aku?" ujar Syahran berang. Menggeletar tubuh Hasya mendengarnya. Bagaikan ada sesuatu yang menikam-nikam hatinya, pedih. Inikah Syahran yang aku kenal? Aku benci kau Syahran! Masa berlalu dengan pantas. Hasya telah pergi nun jauh ke desa mencari kekuatan dirinya semula. Ketika menginjak ke alam dewasa, mereka dipertemukan semula. "Ha... Hasya..." Syahran tidak percaya apa yang baru sahaja yang dilihat. Perubahan mendadak Hasya mengejutkan Syahran. Pertemuan yang ditentukan takdir juga membuatkan dia sering dibuai igauan rindu. Syahran mulai sedar tindakan bodoh sewaktu di alam persekolahan dahulu, Mazni hanya menpermainkan cintanya. Kini tekadnya ingin mencuba nasib mengambil hati Hasya semula. Ketika itu, Umar, sepupu Syahran menjadi 'saingan' nya kerana mereka mencintai wanita yang sama. Ah! Dia tidak peduli. Hasya harus menjadi miliknya seorang!