Description
COMPLETED Aku, Nazirah Atikah, seorang gadis yang selalu menjaga auratnya dan aku mempunyai seorang sepupu yang pergi ke sekolah sekolah sama denganku. Aku juga mempunyai musuh di sekolahku. Sekolah aku merupakan sekolah agama, jadi tidak hairanlah jika ada ustaz dan ustazah kat sekolah ni. Tiba-tiba, munculnya seorang lelaki yang beragama dan berilmu muncul dalam hidup kami. Lelaki tersebut adalah seorang budak Tahfiz yang baru sahaja balik dari Singapura. Ramai gadis, termasuk Farah, menyukai lelaki itu. "Mana tak, lelaki beragama dan kacak." Ayat yang sering Farah balas jika aku menyoal kenapa menyukai lelaki itu. Di saat mereka mencapai kebahagiaan, muncullah dua watak antagonis. Farah pula berpaling tadah dan menolong salah seorang watak antagonis itu. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Semua ini terjadi dengan begitu cepat. Apa akan terjadi dengan mereka? Siapakah akan memiliki hati lelaki tersebut? Dapatkah mereka menangani semua cabaran bersama-sama? Dapatkah semua ini berakhir dengan senyuman ataupun tangisan?