Description
Satu kemalangan jalanraya berlaku pada suatu subuh hari di Lebuhraya NKVE. Keadaan kemalangan yang luarbiasa telah membawa DSP Ramlan seorang anggota Cawangan Khas menyiasat kes ini dengan dibantu oleh ASP Sabrina yang dipindahkan dari Cawangan forensik D10. Mangsa yang hilang dan penemuan bukti luarbiasa termasuk peluru pistol Glock-19 membawa pertembungan DSP Ramlan dan ASP Sabrina. DSP Ramlan yang pernah bertarung dengan Juara Catur Dunia Kasparov cuba menyelesaikan misteri kemalangan ini. Tanpa mereka sedari kemalangan ini dirancang dengan licik oleh organisasi gelap yang berpengkalan di JungFrau Switzerland. Dalam menjalankan tugas bersama, ASP Sabrina mula jatuh cinta kepada DSP Ramlan berbanding rakan sekolah yang sekarang seorang Doktor. Berjayakah DSP Ramlan menyelesaikan misteri ini atau terganggu kerana kerenah ASP Sabrina? Adakah perancang dari JungFrau akan berdiam atau bertindakbalas apabila DSP Ramlan mencabar agenda mereka untuk menembusi benteng keselamatan Malaysia?
Untitled Part 1
