MERAH CINTA DIA
By hanifazuha
33.3K
616
21
  • Romance

Description

Nikah kahwin bukan perkara main-main. Dan Riana serius bila dia kata sudah bersedia menerima Arif sebagai imamnya. "Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat Siam." Arif menduga. "Okey! saya tak kisah." Mudah Riana bersetuju. Arif berfikir sejenak. Riana ni betul-betul atau saja nak main-main? "Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh." Arif angkat-angkat kening. Yang sebenarnya, Arif masih ragu-ragu walau selepas ijab dan kabul. Meragui keihklasan Riana dan keraguan itulah yang membuka jalan kehancuran. Dia lupa, dunia sudah akhir zaman. Fitnah sudah terbiasa menjadi hidangan. Segalanya hancur bila dia meninggalkan si isteri belum sampai sebulan mereka hidup bersama tanpa sebarang ucapan. Dan apabila tersedar, segalanya sudah terlewat. "Kau carilah dia, Rif. Yang aku tahu, dia perempuan baik-baik yang tak akan pandang lelaki lain selain dari kau." - Dani Menjejak Riana bukan sesuatu yang mudah. Lebih payah apabila bertemu kembali, Riana bukan lagi seperti yang ditinggalkan dulu. Riana sudah menjadi orang baru dan Riana yang baru ini makin buatkan hati Arif haru biru. "Empat tahun Arif. Kalau pokok pun, dah lama mati tanpa air." - Riana. Makin menjadi payah apabila Riana sudah ada 'orang baru' yang 'menjaganya' dan orang itu ialah kawannya sendiri, Rizal Iman. Payah jadi berganda apabila Riana tahu sepanjang empat tahun itu, dia sudah terikat sebagai tunangan Eviana. Pilihan yang Arif ada cuma 3 :- 1. Menggunakan kuasa veto sebagai suami 2. Melepaskan Riana ke tangan Rizal Iman 3. Melupakan Riana dan belajar menerima Eviana Tapi kenapa Arif rasa 3 pilihan itu semuanya akan melukakan hati sendiri? Menggunakan kuasa veto, dia pasti akan menang. Tapi dia yakin, Riana akan mengalah sebab terpaksa dan keterpaksaan itu akan sangat melukakan.

Prolog

Continue Reading on Wattpad
MERAH CIN...
by hanifazuha
33.3K
616
21
Wattpad