Ejen I.R.I.S.
By K4R04R
4.6K
183
104
  • Fanfiction
  • ali
  • alternate-universe
  • au
  • boboiboy
  • comot
  • ejen
  • fang
  • gopal
  • ochobot
  • yaya
  • ying

Description

Ali, seorang budak lelaki dua belas tahun, ialah seorang pelajar di SRT Cyberaya 1. Di luar, dia dikenali ramai sebagai anak kepada salah seorang tiga peneraju Cyberaya. Dalam gelap pula, dia dikenali sebagai Ejen Ali, ejen MATA. Setiap minggu, dia dibekalkan dengan misi untuk diselesaikan, termasuk yang agak tidak logik seperti mencari cincin perkahwinan General yang terjatuh dalam longkang. Comot, seekor kucing betina, merupakan satu-satunya haiwan peliharaan Ali. Dia tidak menampakkan ciri-cirinya dengan jelas, tetapi dia juga ialah seekor ejen. Tugasnya ialah menemani Ali tidak kira di rumah, sekolah, atau semasa menyelesaikan misi. Dia akan sentiasa berada di sisi tuannya. Sejak kebelakangan ini, MATA kerap mendapat tindak balas tenaga yang tidak dapat dikenalpasti di Pulau Rintis. Penemuan terbaharu ini membuat MATA memutuskan untuk menghantar Ali bagi menyiasat kejadian ini. Dia diarahkan mencari seorang budak bernama Boboiboy kerana dia disyaki mempunyai kaitan dengan semua yang sedang berlaku. Ali bakal menghadapi pelbagai cabaran berada di pulau yang tidak pernah didengari dia namanya sebelum ini, dan Comot akan membantunya, walaupun ada makhluk asing berkepala kotak menghalang mereka. "Aku tak kan biar sesiapa pun sakiti kau..." ____________________________________ Mana-mana yang tersenarai di bawah ini adalah hak milik penerbit masing-masing. Ejen Ali - WAU Animation Boboiboy - Monsta Saya tidak mendapat sebarang keuntungan dari menaip buku ini, kecuali keseronokan berkongsinya dengan para Wattpaders yang lain.

Prolog

Continue Reading on Wattpad
Ejen I.R...
by K4R04R
4.6K
183
104
Wattpad