Jodoh kita bersama
By Farahanies00
34.2K
814
29
  • Romance
  • romantic
  • sahabat
  • teamairil
  • teamnuryn
  • teamsyedaiman

Description

Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis, Nuryn Arissa. Nuryn seorang gadis yang ceria, periang dan tabah. Wajah yang manis dan mempunyai lesung pipit disebelah kanan sangat mengayukan lagi wajahnya. Namun hatinya bukan mudah untuk dimiliki, kisah silamnya membuatkan dia tidak percaya pada cinta lagi. Baginya cinta itu menyakitkan.Oleh sebab itulah dia tidak akan bercinta sekali lagi. Hati konkrit, hati simen, hati batu. Itulah gelaran yang sering kawan kawannya menggelarkannya. Sehinggalah dia bertemu dengan Syed Aiman, seorang CEO SA Holding, wajahnya yang tampan dan mempunyai kulit sawo matang sudah cukup menjadikannya pujaan setiap wanita diluar sana. Tetapi tidak bagi Nuryn, Nuryn sangat membenci akan lelaki itu disebabkan satu kejadian telah berlaku di antara mereka..Takdir yang tidak disangka sangka, Ibu Nuryn dan Mama Syed Aiman merupakan kawan baik semasa di Universiti dahulu, mereka ingin menjodohkan kedua dua anak mereka. Nuryn dan Syed Aiman cuba menerima perkahwinan itu atas dasar hormat kepada orang tua mereka. Nuryn yang tidak mudah percaya cinta itu belajar untuk menyayangi dan mencintai Syed Aiman. Manakala Syed Aiman pula sudah mula menyukai Nuryn sejak pertama kali mereka terjumpa. Apabila hati sudah sayang, muncul lah Zita. Seorang perempuan yang mengaku telah mengandungkan anak Syed Aiman. Nuryn telah membawa diri ke UK, dan disana Nuryn telah berjumpa dengan Airil. Seorang lelaki yang pernah menyakiti hatinya dahulu. Namun takdir yang tidak disangka, Airil merupakan kawan karib kepada Syed Aiman. Siapakah pilihan Nuryn? Bolehkah dia memilih Airil? Lelaki yang telah membuatkannya seorang wanita yang tidak percaya akan cinta? Bolehkah juga dia memilih Syed Aiman? Lelaki yang dia telah menyayangi sepenuh jiwa dan raganya. Apabila tuhan sudah menentukan jodoh kita bersama, berpisah lah beribu batu pun, kita masih tetap bersama.....

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Jodoh kit...
by Farahanies00
34.2K
814
29
Wattpad