Description
[PEMENANG WATTYSMY 2016 KATEGORI EDISI PENGUMPUL] Fantasion adalah satu dunia yang dulunya aman diduduki oleh lima puak iaitu Human, Elf, Orc, Undead, dan Wings. Puak Wings telah melakukan sesuatu yang tidak diingini dunia sehingga menyebabkan satu makhluk yang paling digeruni, bangkit dan mengamuk dan menyerang sehingga puak itu pupus dari dunia. Makhluk itu ialah Phoenix. Semenjak tertubuhnya satu pasukan yang bergerak secara terbuka iaitu Undead Elite, telah menyebabkan dunia berada dalam kekacauan. Mereka ingin membangkitkan semula Phoenix yang sudah dikurung di dalam Cube Crystal. Cube Crystal itu meledak dan berpecah kepada tujuh kepingan yang digelar, Crystal Of Phoenix. Salah satu kepingan itu berada di dalam badan Alfert. Kehidupannya semakin bahaya setelah dia saja orang yang terakhir mempunyai Crystal Of Phoenix. Undead Elite telah melakukan apa saja untuk mendapatkan Crystal Of Phoenix daripadanya sehingga mencetuskan perang dunia. Adakah Alfert berjaya menyelamatkan diri? Adakah dia berjaya mengamankan dunia? START - 1.8.2016 END - 7.12.2016 High Ranking - #1 Thank You T_T